MISTERI ORANG MINYAK
KOTA BHARU, KELANTAN: BENARKAH orang minyak wujud? Terdapat segelintir di kalangan orang ramai yang beranggapan, orang minyak muncul hanya di zaman lampau tetapi tidak di zaman moden ini. Persepsi tentang orang minyak memang ditakuti oleh kaum Hawa kerana makhluk ini tidak menunjukkan belas kasihan terutamanya terhadap gadis-gadis remaja malah wanita suami orang pun pasti menjadi mangsa sebagai pra-syarat untuk memenuhi tuntuntan 'ilmu ghaib' pengamalnya iaitu dengan merogol sehingga 41 orang tanpa memilih mangsa sama ada gadis-gadis yang masih dara, janda sekalipun wanita yang telah bersalin.
Wujudnya orang minyak bukan sekadar cerita yang dipaparkan di dalam filem Melayu lama berjodol 'Sumpah Orang Minyak' arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee semata-mata. Namun, berita yang pernah menggemparkan penduduk di beberapa buah kampung di Kuala Ibai dan Marang, Kuala Terengganu sedikit masa lalu menunjukkan orang minyak memang wujud berdasarkan kepada kehendak tuannya supaya ilmu yang dituntut itu menjadi sempurna untuk tujuan mendapat kekayaan secara mudah sama ada dengan merompak, mencuri dan agar tidak dapat dilihat atau dijejaki oleh pihak polis apabila mereka diburu kelak.
Namun, siapa sangka di Kelantan juga wujud orang minyak sebagaimana yang ditakuti gadis-gadis dan wanita apabila Wartawan RELATIF dapat menjejak dan membongkar kemunculannya di Kampung Serian dekat sini.
Ketika ditemui Wartawan RELATIF, Pengamal Rawatan Tradisional dan Ilmu Ghaib, Darus Mootalu, 40, dari Kampung Serian, Kota Bharu, Kelantan berkata, di kampung terbabit memang telah muncul orang minyak sejak tahun 1998 lagi, keadaan ini berdasarkan pengalaman beberapa orang penduduk yang mendapat gangguan makhluk berkenaan. Tetapi berita berkenaan tidak didedahkan kepada pihak media kerana ia hanya diketahui, kemudian heboh dan lenyap setakat penduduk di kampung itu sahaja.
Katanya, orang-orang kampung berkenaan tidak lagi perlu bimbang tentang keselamatan anak-anak gadis mereka kerana orang minyak yang muncul di kampung itu telahpun ditangkap dan dipasung olehnya dengan ilmu batin peringkat tinggi di sebuah busut berhampiran rumah di kampung mertuanya itu.
"Sebenarnya orang minyak adalah amalan ilmu hitam dari Siam. Tuannya menuntut ilmu ghaib untuk tujuan jahat dan gadis-gadis sunti dijadikan sebagai cagaran untuk menjadikan ilmu itu lebih sempurna", katanya ketika ditanya tentang fenomena orang minyak di kampung berkenaan di mana mangsanya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Menurut Darus lagi, beliau mengetahui kemunculan orang minyak melalui isterinya kerana isterinya berasal dari kampung terbabit. Makhluk aneh seperti 'bigfoot' yang dikatakan 'ilmu hitam' oleh pengamal ilmu ghaib itu diketahui oleh beliau yang muncul dari sebuah busut yang terletak berhampiran dengan rumah mertuanya. Tetapi demi untuk mengelakkan ditakuti oleh golongan hawa di kampung itu, beliau bersedia menangkapnya.
Namun begitu, pada peringkat awalnya makhluk berkenaan seolah-olah ingin menguji dan mencabar kehebatan ilmu batinnya dengan memasuki badannya. Setelah makhluk berkenaan berada di dalam badannya, berlakulah pertentangan di antara tenaga makhluk itu dengan ilmu yang dimiliki Darus. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Darus untuk melihat dengan lebih mendalam perihal dan sifat makhluk tersebut dari mata batinnya.
Dari pandangan mata batinnya secara pertembungan di antara matanya dengan mata makhluk itu, beliau dapat melihat dengan jelas lembaga tersebut memang berminyak, berwarna hitam malah kadang-kadang berbulu. Ketinggiannya mencecah sehingga dua meter dan lebar badannya kira-kira satu meter. Beliau pada awalnya tidak mengetahui nama lembaga tersebut kerana belum pernah melihatnya sebelum ini. Tetapi dari tafsiran isterinya dapat diandaikan bahawa lembaga tersebut digelarkan orang sebagai orang minyak berikutan badannya berwarna hitam, licin dan berminyak.
"Saya tangkap orang minyak itu kerana ia berbuat jahat. Kalau tidak ditangkap ia akan mengacau orang lain", ujarnya.
Sementara itu menurut isteri Darus Mootalu, Che Rohana Mat Junus, 40, yang merupakan penduduk jati kampung tersebut berkata, beliau memang mengenali pengamal ilmu hitam itu yang juga penduduk asal kampungnya. Pengamal ilmu songsang itu sebelum ini adalah seorang yang baik malah mempunyai bengkel membaikpulih kenderaan sendiri. Tetapi sikapnya tiba-tiba berubah apabila perniagaannya jatuh merudum dan muflis.
Kata Che Rohana lagi, setakat ini sudah tujuh mangsa rogol yang dilakukan oleh pengamal ilmu sesat itu yang bertopengkan orang minyak. Tiga orang gadis termasuk ibunya yang baru bersalin telah menjadi mangsa rogol dalam sebuah rumah. Sedangkan suami wanita tersebut ada di rumah ketika itu tetapi tidak menyedari kehadiran orang minyak berkenaan yang masuk ke rumahnya. Jelasnya, di kawasan Dewan Beta Hulu dan Lubuk Jambu di Mulong misalnya memang suatu tempat yang sering dijadikan kawasan operasi orang minyak bagi melengkapkan ilmu sesatnya itu.
"Sekarang ini sudah tujuh mangsa rogol, tiga gadis yang masih dara diikuti ibunya yang baru lepas bersalin. Mangsa lain adalah pelajar sekolah termasuk sepupu orang minyak itu sendiri", katanya.
Modus operandi yang dilakukan oleh pengamal ilmu hitam itu ialah rompak dan rogol. Ini menurutnya, setiap kali pengamal ilmu hitam itu akan melakukan rompakan dan rogol, dia akan diekori oleh ilmu yang dipelajarinya, sebab itulah digelar orang minyak. Tujuan ilmu tersebut mengekorinya ialah apabila pengamal ilmu hitam itu dalam keadaan bahaya dan terdesak atau dilihat orang semasa menjalankan aktivitinya, ilmu hitam tersebut akan memasuki tubuhnya dan menyebabkannya hilang secara tiba-tiba. Dengan demikian dia pastinya terselamat daripada dibelasah orang yang melihatnya.
Tambah Che Rohana, kelemahan ketara orang minyak ialah tidak boleh terkena hujan. Apabila terkena hujan dengan mudah orang akan dapat melihat pengamal ilmu tersebut. Hal seumpama ini telahpun berlaku, semasa orang minyak ingin merogol mangsa di sebuah rumah ketika hujan turun, perbuatan makhluk berkenaan telah dapat dilihat oleh beberapa orang penduduk dari kampung itu dengan jelas.
Tambahnya, ilmu hitam walaupun dianggap amalan salah dan khurafat tetapi kemunculan orang minyak memang tidak dapat dinafikan apabila terdapatnya segelintir masyarakat yang berniat serong untuk kepentingan diri sendiri sehingga mengancam keselamatan dan ketenteraman masyarakat dalam sesebuah kampung tersebut.
Orang yang ingin menangkap dan memasung orang minyak mestilah ilmunya dapat menandingi kelebihan ilmu yang diamalkan oleh pengamal ilmu hitam itu. Jika tidak, orang minyak sukar ditangkap kerana orang minyak memang licik dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
"Kini pengamal ilmu hitam itu tidak lagi berada di kampung ini. Dikatakan dia telah melarikan diri dari buruan polis sehingga ke Kuantan, Pahang", katanya.
Walau bagaimanapun, pengamal ilmu tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana ilmu yang sering mengekori ke mana beliau pergi telah dipasung di sebuah busut di kampung itu. Dari dialog suaminya dengan ilmu yang dipasung itu telah berkali-kali ingin pulang kepada pengamalnya. Jika dihantar kepada tuannya, pasti tuannya menemui ajal dengan ilmu yang diciptakannya sendiri. Kerana itu, lebih baik dipasung di situ sebagai suatu pengajaran kepada pengamalnya yang menyebabkan orang lain dalam ketakutan akibat gangguannya.

Darus Mootalu ketika diwawancara Wartawan RELATIF di Kampung Serian, Kota Bharu.
Beberapa remaja dari Machang dan Pasir Puteh turut hadir untuk melihat orang minyak.
Orang minyak (dalam bulatan) kini telah dipasung di sebuah busut di kampung terbabit.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan