MISTERI HANTU JIRAT CINA
WAKAF BAHARU, KELANTAN: Kampung Kubang Palas yang terletak di Wakaf Baharu, Kelantan memang tersohor sebagai tempat yang agak keras dan mengusik terutamanya yang melibatkan perkuburan. Bukan sahaja tanah perkuburan orang-orang Melayu turut ditakuti oleh segelintir individu yang pernah mengalami serta melihat sendiri pelbagai jelmaan dan kejadian pelik sewaktu ketika dulu, namun begitulah halnya kawasan jirat Cina. Apatah lagi perkuburan berkenaan agak terbiar malah dipenuhi hutan dan semak-samun yang terlindung dari pandangan umum pastinya menyeramkan individu yang pernah mengalaminya.
Sememangnya pada masa itu, kanak-kanak tidak akan merayau malam kerana bimbang bertembung dengan lembaga yang dikatakan mengawal laluan. Jika bertembung juga, tentunya akan terkencing secara tidak sengaja dan kalau dapat lari seolah-olah dapat melangsaikan hutang berjuta-juta dan jika sebaliknya pastinya pengalaman demam seminggu adalah menjadi kelaziman.
Kejadian gangguan dan usikan makhluk halus terutamanya di kawasan jirat Cina bukan seorang atau dua mangsa yang pernah mengalaminya. Tetapi menurut pengalaman Osman bin Yahya, 54, atau lebih dikenali sebagai Pak Man dari Kampung Kubang Palas, Wakaf Baharu, Kelantan mendakwa selain beliau diusik lembaga di jirat Cina itu, terdapat lima orang yang pernah terkena usikan yang sama sebelum beliau.
"Bukan Pak Man saja yang terkena, Pak Man dapat tahu sudah lima orang yang terkena usik ketika melintasi jirat Cina di kawasan itu", ujarnya ketika ditemui Penulis di sebuah surau di kampung itu.
Katanya, kejadian beliau diusik di jirat Cina itu berlaku pada tahun 2000. Ketika itu kawasan terbabit masih dipenuhi hutan belukar dan semak-samun yang agak tebal dan terlindung dari pandangan. Memanglah kalau berjalan seorang diri tentunya akan berasa seram sejuk apatah lagi jika terkena usik pula. Menurutnya, pada ketika itu di kawasan jirat Cina itu masih belum wujud taman perumahan sebagaimana hari ini, keadaan ini tentunya menjadikan kawasan itu sunyi apabila berjalan seorang diri.
"Ketika kejadian, kedengaran azan Maghrib di sebuah surau berhampiran. Pak Man tidak mempedulikan seruan azan itu kerana ingin menyiapkan batas ubi keledek yang tinggal beberapa relung lagi.
"Dengan tidak semena-mena Pak Man terlihat kepulan asap agak mengecil di bawahnya tiba-tiba membentuk asap yang agak besar apabila naik ke udara. Kepulan asap itu naik setinggi pohon kelapa. Melihatkan keadaan itu, Pak Man undur ke belakang", katanya yang berasa agak kaget dan terkejut dengan kejadian pada malam itu.
Menurut Pak Man, sepanjang hidupnya beliau tidak pernah melihat kejadian agak pelik sebagaimana pada hari itu. Walau bagaimanapun, hasratnya untuk menyiapkan batas ubi keledek tidak kesampaian melihatkan kepulan asap yang menjulang secara tiba-tiba membentuk kepala yang agak besar di bahagian atasnya. Ini katanya, jika dianggap aktiviti pembakaran memang tidak munasabah, sebabnya jika membakar sampah misalnya tentunya asapnya berbau malah akan berselerakan kerana ditiup angin. Sebaliknya asap yang pernah dilihatnya di jirat Cina itu agak berbeza dengan asap yang disebabkan aktiviti pembakaran.
"Sememangnya Pak Man agak cemas juga melihat kepulan asap itu. Namun, Pak Man tidak nampak bentuk lembaga selepas asap itu menjulang tinggi ke udara dengan agak pantas", katanya sewaktu diminta memberikan gambaran keadaan kepulan asap itu.
Tambahnya, beliau tidak nafikan kepulan asap putih yang menjulang laju naik ke udara itu sekadar ingin menyakatnya di jirat Cina itu. Mungkin makhluk halus yang sememangnya wujud pada masa itu ingin menjelmakan dirinya untuk dilihat oleh Pak Man, tetapi Pak Man tidak ingin mencampuri urusan makhluk ghaib itu dengan bertindak lebih pantas dan berusaha untuk tidak melihatnya.
Dalam hatinya, memang tidak perlu menunggu lebih lama kerana hanya beliau seorang diri sahaja di kawasan berkenaan pada masa itu. Sebelum menyesal tidak sudah lebih baik beliau berangkat pulang, lantas menggapai sebentuk cangkul yang digunakannya untuk membentuk batas ubi keledek itu lalu bergegas pulang dalam keadaan malam gelap tetapi masih disinari cahaya langit.
"Rupa-rupanya bukan Pak Man sahaja yang terkena usik di jirat itu. Sudah lima mangsa pernah diganggu oleh makhluk halus ketika melintasi tempat itu", jelasnya setelah dimaklumkan oleh orang-orang kampung berkenaan kepadanya.
Menurut Pak Man, jirat Cina itu telahpun wujud di situ sejak dulu lagi dalam keadaan tidak diberikan penjagaan sewajarnya, apatah lagi dilitupi hutan dan semak-samun akan menyebabkannya tidak dapat dilihat dengan jelas. Malah katanya secara berjenaka, jika kepulan asap itu membentuk lembaga yang menakutkan, sudah tentu beliau mengambil keputusan untuk langkah seribu sebagai jalan penyelesaian.

Osman bin Yahya atau Pak Man ketika ditemubual Penulis.
Pandangan hadapan jirat Cina.
Pandangan belakang: Di sinilah Pak Man diusik lembaga berupa asap menjulang tinggi ke udara.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan