URUT DAN RAWATAN TRADISIONAL
KOTA BHARU, KELANTAN: NEGERI KELANTAN memang tersohor dengan pakar dalam merawat pelbagai jenis penyakit sama ada melibatkan gangguan makhluk halus, sihir, santau dan saka termasuk urutan yang melibat urat saraf dan otot-otot. Bagi kebanyakan pengamal rawatan tradisional dan urutan saraf tersebut, Penulis juga berkesempatan menemui seorang yang berkemahiran dalam tiga bidang sekaligus sebagai tukang urut, rawatan dan memulihkan dari gangguan makhluk halus serta menghasilkan makanan kesihatan secara tradisional berasaskan akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan herba yang berkhasiat dan bermutu tinggi.
Beliau yang dimaksudkan ialah Pakar Urut dan Rawatan Tradisional, Warisan Pusaka Tok Kenali, Aziz Haji Daud, 58, atau dikenali Abang Aziz yang kini menetap di Kampung Lundang dekat sini.
Menurut Abang Aziz sewaktu menceritakan pengalamannya mengurut, kepandaian awalnya adalah sekadar minat semata-mata. Pada masa itu, beliau tidak pernah menuntut tetapi dalam masa yang sama sering memerhatikan tukang-tukang urut yang dapat menyelesaikan masalah urat-urat saraf pesakit. Apatah lagi, berikutan kemampuannya dapat menyelesaikan masalah beberapa orang pesakit yang dapat diurut malah sembuh dengan sempurna, jadi timbul dalam hatinya untuk berguru di samping memperbetulkan kaedah urutan secara profesional dengan menggunakan doa-doa, wirid dan zikir dari ayat-ayat suci Al-Quran untuk membangkitkan semangat urat saraf tersebut kerana setiap urat-urat saraf mempunyai penjaganya.
Di antara beberapa guru tersohor yang banyak membantu memanfaatkan kemahirannya berurut ialah Ustaz Mohd. Daud dari Perak. Di samping itu, beliau meneruskan tuntutan pelajaran dari arwah Tok Kenali (ulama dan wali tersohor Kelantan) sehingga guru yang seterusnya bernama Tok Haji Mahmud.
Secara tidak langsungnya beliau memulakan khidmat urutan dalam tahun 1989, tidak sebagaimana sekarang dilakukan sepenuh masa. Pada awalnya, akibat masalah mendapat kerja beliau berhijrah ke Johor Bahru iaitu bertujuan untuk mencari pekerjaan sesuai untuk menyara keluarganya. Selepas itu, beliau meneruskan perjalanan ke Singapura untuk tujuan yang sama. Orang pertama yang mengetahui kemampuan dan kemahirannya berurut adalah seorang warga Johor Bahru.
Sebenarnya, pesakit dari Johor Bahru itu telah pun menempah seorang tukang urut tempatan untuk tujuan berkenaan. Sebaliknya, tukang urut tersebut tidak ada pada waktu itu, justeru beliau diminta untuk menggantikan tempat tukang urut tersebut. Pada mulanya, beliau menolak pelawaan pesakit berkenaan kerana tidak ingin dianggap cuba memandai-mandai atau cuba merampas rezeki tukang urut tersebut. Walau bagaimanapun, disebabkan terlalu kasihankan pesakit berkenaan beliau bersedia membantu. Kemudiannya, apabila pesakit terbabit sembuh dan berita itu diketahui olehn ramai orang tentang kemahirannya itu, bermula dari situlah beliau menjadi tumpuan penduduk tempatan pula.
Disebabkan ramai pesakit yang ingin berurut dengannya menyebabkan hasratnya untuk mencari pekerjaan sesuai terbantut. Dengan demikian, beliau menjadi tukang urut sepenuh masa di negeri itu dengan niat untuk membantu menyelesaikan masalah orang ramai yang memerlukan khidmatnya sebagai tukang urut.
Kebiasannya, beliau memulakan sessi mengurut pada sebelah malam kerana di siang hari beliau mengusahakan kedai makan. Selain masyarakat tempatan yang datang berurut dengannya, terdapat juga pesakit dari Perak, Selangor, Batu Pahat dan Muar (Johor) malah paling jauh dari Indonesia dan Thailand. Kebanyakan yang datang menjemputnya mengurut di rumah masing-masing apabila didatangi oleh keluarga pesakit berkenaan kebanyakannya dari Kelantan sendiri.
"Tentang bayaran atau upah berurut, saya tidak meletakkan sebarang harga. Hanya di atas keihklasan dan kemampuan pesakit itu", ujarnya apabila ditanya tentang bayaran yang dikenakan kepada setiap pesakit.
Di samping mengurut, beliau turut menyediakan makanan kesihatan berasakan akar-akar kayu dan dari tumbuh-tumbuhan herba terpilih dan bermutu yang diproses dan dihasil oleh sendiri untuk memulihkan masalah urat saraf, merawat dan mencegah penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, buasir, resdung, senggugut, haid tidak teratur, sembelit serta masalah buang air besar. Kebanyakan bahan-bahan herba itu banyak diperolehinya dari Gua Musang, Bukit Keluang di Terengganu dan sebagainya. Manakala minyak urut gokguk dan gamat adalah untuk kegunaan luaran sahaja bagi mencegah perut kembung, sakit pinggang, lenguh-lenguh sendi dan otot-otot, gatal-gatal, melecur dan meredakan kesan gigitan serangga berbisa. Minyak urut ini turut diisikan dengan doa-doa dari Al-Quran, zikir, ayat Qursi, surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan Wirid Hikmah yang turut disertai dengan solat hajat yang kesemuanya berdasarkan kepada pengajiannya dan daripada ajaran guru-gurunya. Katanya, minyak urut ini bukan sahaja sesuatu untuk kegunaan umum tetapi juga untuk aktiviti lasak seperti mendaki gunung, meneroka gua dan sebagainya.
Di samping pakar urut, Abang Aziz juga adalah pakar rawatan tradisional seperti menyelesaikan masalah gangguan makhluk halus, santau, sihir, pendinding rumah, buang saka, mengelakkan gangguan toyol dan mengembalikan anak lari dari rumah. Beliau yang mendapat ilmu kerohanian melalui wirid-wirid daripada guru-gurunya dari Warisan Pusaka Tok Kenali dan Abjad Malaysia.
Beliau banyak merawat mangsa dan pesakit yang pernah menerima rawatan dari pihak hospital terutamanya penyakit akibat buatan orang. Daripada pemeriksaan doktor, mangsa tidak mengalami sebarang masalah penyakit. Sebaliknya apabila beliau mengesannya melalui kaedah kerohanian, memang hakikatnya mangsa memang telah terkena gangguan makhluk halus dan jika tidak dirawat pasti membawa padah.
Tambahnya, beliau pernah menerima pesakit akibat disihir dan disantau dari Terengganu, Johor, Selangor seperti di Cheras dan Shah Alam. Penyakit berkenaan dianggap ganjil. Mangsa yang telah disantau oleh seseorang akibat dengki akan menderita kesakitan selama lima tahun akhirnya sembuh seperti biasa setelah dirawat melalui sembahyang hajat, kaedah jabat dan pandang Rabithah dengan berserah kepada Allah S.W.T.
Pengalaman terbarunya merawat pesakit yang meracau tanpa keruan dari Wakaf Stan, Kelantan adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Mangsa menderita selama enam bulan dan pernah berubat lebih daripada 10 orang bomoh tetapi tidak juga sembuh. Apabila beliau melihat mangsa, mangsa dalam keadaan meracau seperti berdikir barat, menyanyi, bermain mak yong dan selepas itu membaca Al-Quran menurut kemahuannya. Dari makluman ahli keluarga pesakit, ramai bomoh yang datang merawat termasuk bapanya sendiri diterajangnya. Sebaliknya, apabila pesakit berkenaan melihat Abang Aziz, pesakit tersebut menjadi takut. Hasil rawatannya, pesakit tersebut bertambah pulih dan apabila dikunjunginya dua minggu berikutnya, pesakit tersebut pulih sepenuhnya dan dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.
Dalam pada itu, beliau juga dapat menyelesaikan kes kecurian yang dialami oleh sebuah keluarga dari Pasir Puteh, Kelantan. Rumah keluarga berkenaan sering kali menjadi mangsa curi oleh orang yang sama. Penduduk dari kampung berkenaan pada mulanya tidak mengetahui siapakah dalangnya yang menyebabkan keluarga berkenaan sebagai mangsanya. Akhirnya, apabila keluarga mangsa datang sendiri meminta bantuannya untuk menangkap pencuri tersebut, beliau meminta dari mangsa supaya mendapatkan tujuh biji batu dari tujuh muara sungai.
Beliau meminta keluarga mangsa supaya batu-batu yang telah diisi dengan doa dan ayat Qursi itu perlu ditanam sendiri oleh mangsa di sekeliling rumah dari belakang dan hadapan rumah. Dengan izin Allah, pencuri itu kemudiannya datang kembali dan masuk ke dalam rumah yang akan dicurinya tetapi setelah memperolehi wang berjumlah RM10,000-00 pencuri berkenaan tidak dapat menemui pintu dan jalan keluar. Pencuri tersebut akhirnya dapat ditangkap dengan mudah seterusnya diserahkan kepada pihak polis. Rupa-rupanya pencuri tersebut adalah seorang banduan dari kampung itu yang baru keluar dari penjara.
Abang Aziz turut menyarankan kepada orang ramai yang mempunyai masalah tentang urat saraf dan otot-otot, lebih-lebih lagi ingin meminta bantuannya menyelesaikan masalah gangguan makhluk halus seperti jin dan ilmu hitam perlu berubat dengan segera sebelum masalah menjadi parah. Ramai juga mangsa menemui maut kerana mangsa tidak begitu yakin atau belum mempercayai kebolehan dan kemahiran pakar rawatan alternatif di bidang berkenaan, akhirnya keluarga mereka terpaksa menangis sepanjang masa.
Justeru, beliau turut menekankan, kerja makhluk halus adalah sentiasa cuba untuk memperdaya manusia yang lalai dan leka. Kesakitan akibat perbuatan ilmu hitam seperti sihir, santau dan buatan orang sebenarnya didalangi manusia yang dengki dan khianat kerana mereka sebenarnya turut dibantu oleh jin dan makhluk halus yang paling jahat. Sebelum menjadi bertambah parah, makhluk halus itu perlu dinyahkan, jika tidak mangsa akan sentiasa dalam penderitaan seumur hidup.

Aziz Haji Daud (Abang Aziz) boleh dihubungi melalui telefon:
013-9888399
Aziz Haji Daud atau Abang Aziz.
Sebahagian makanan kesihatan yang dihasilkannya.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Bagaimana boleh sy dapatkan no telefon utk rawatan?
BalasPadamNo. telefon Aziz Haji Daud itu ialah 013-7836883 dan 013-9888399. Sekarang beliau telah berpindah di Peringat, Kota Bharu.
Padamassalamualaikum...nenek mengalami masalah sakit urat saraf seluruh anggota badan..selepas trjatuh dri tangga 3thun lpas..smpai sekarang menderita sakit urat...pelbagai kaedah sudah dilakukan antaranya brulang alik ke klinik untuk mendapatkn suntikan,mengurut...tapi masih lagi mengalami sakit urat saraf..boleh bantu saya untuk menyembuhkan pnyakit nenek sy?
BalasPadamsy pernah mengalami kesakitan yg sama sy faham sgt kesakitan yg dialami nenek encik. tp kes sy ini accident baru jer berlaku januari 2017 dan Alhamdulillah dh pulih bila sy dptkan rawatan dr guru urut sy. tp yg sy blh sarankan adalah contact tukang urut prempuan bidan yg blh handle sendi2 urat saraf ape. contact sy kat whatsapp kalau nak dptkan contact bidan tp orgnya kat kelantan la. whatsapp sy 01111969905 nanti sy crita lanjut
Padamsalam... bagi sapa2 area kelantan khususnya area machang tanah merah kok lanas temangan blh lah hubungi sy kalau nak berurut.. bayaran seikhlas hati saja kalau xpuas hati xpayah byr pn xpe. samada whatsapp sy di 01111969905 / call-sms 0169866401 blh cuba kalau rasa serasi blh urut lg.
BalasPadamSesipa yang pandai urut, lelaki, Saya tinggal di kok Lana's, tolong hubungi, urgent Saya sakit pinggang, anytime terbaca...tolong message

BalasPadam0133760377
Padamboleh tak kanak2 2 tahun? org kata lengan ank saya saloh urat
BalasPadamada tk tkg urut disekitar tok bali resort
BalasPadam