KISAH MAMAT BUNTAL ANAK DURHAKA
PASIR MAS, KELANTAN: Kisah Si Tanggang bukan sekadar sebuah filem klasik Melayu yang begitu tersohor suatu ketika dahulu. Paparan filem-filem sedemikian bukanlah cerita dongeng mahupun imaginasi penulis serta pengarahnya tentang wujudnya anak durhaka terhadap ibunya.
Tetapi cerita sedemikian adalah kisah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita. Justeru, kisah 'Awang Jong', gelaran seorang ibu terhadap anaknya yang durhaka di sebuah batu hampar hilir dinamakan 'Batu Hampar Gate' yang terletak di Kampung Rasal, To' Uban, Pasir Mas, Kelantan sememangnya kisah benar suatu ketika dahulu sebagaimana kisah Si Tanggang dalam filem Melayu itu.
Kisah Batu Hampar Gate yang ada sekarang adalah tempat kejadian sebenar 'Jong Mamat Buntal' karam adalah sebagai jolokan ibu malang itu terhadap anaknya yang durhaka bernama Mamat Buntal atau Awang Jong. Kisah ini berlaku sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi dan ia memang diketahui umum dari generasi dahulu hingga hari ini di kampung tersebut.
Bagi mendapatkan gambaran sebenar kisah menyayat hati sehingga bahtera dikenali 'Jong' dan anak durhaka menjadi batu itu, Penulis berkesempatan menemui Hajjah Zaharah Hussin, 73, atau lebih dikenali Mek Zarah dari Kampung Rasal, To' Uban dekat sini.
Menurut Mek Zarah, kisah tragis seorang anak durhaka bernama Mamat Buntal ini telah diceritakan oleh arwah bondanya, Pengamal Rawatan Tradisional, Mek Kecik Awang Ngah ketika berusia 60 tahun dan Mek Zarah sendiri ketika itu masih di usia remaja.
"Batu hampar di Kampung Rasal ini ada di dua tempat. Satu tempat di Sungai To' Uban, tempat gua Waliyullah Syeikh Abdul Qadir Jailani dan satu lagi di batu hampar hilir atau Batu Hampar Gate, tempat kejadian jong Mamat Buntal karam", katanya memulakan bicaranya.
Mamat Buntal adalah seorang peniaga barangan keluli dan tembaga di Tat Bai, Siam di mana dia merupakan seorang pemuda yang kacak berasal dari Mahligai, Melor. Mamat Buntal kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis di kampungnya bernama Salmah, sebelum berpindah ke Kampung To' Uban.
Disebabkan kepayahan hidup, Mamat Buntal berhasrat memulakan perniagaan bagi merubah taraf hidupnya. Maka dia pun berangkat ke Tat Bai bagi memulakan perniagaannya dan tinggallah ibunya yang sudah tua seorang diri di kampung.
Berikutan perniagaannya begitu maju dan memberangsangkan, Mamat Buntal telah terlupa dengan ibunya yang ditinggalkan seorang diri di kampung. Si ibu yang amat merindui anaknya memanjatkan doa siang dan malam agar dibukakan pintu hati anaknya untuk pulang ke pangkuannya.
Atas kehendak Allah S.W.T, Mamat Buntal pulang juga ke tempat asalnya atas urusan perniagaannya. Apabila didengari si ibu bahawa anaknya telah pulang membawa barang dagangan termasuk seorang lagi isteri yang baru dinikahinya telah sampai ke pelabuhan, maka si ibu terlalu gembira untuk menyambut kepulangan anaknya dengan penuh kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang telah lama meninggalkannya. Tanpa membuang masa, berjalanlah ibunya dalam keadaan uzur menuju ke pelabuhan berbekalkan sebatang tebu dan sebunjut kain tergenggam erat di tangannya. Menantilah ibunya dengan penuh sabar di pelabuhan.
Apabila sampai sahaja bahtera Mamat Buntal di pelabuhan itu, terlihatlah olehnya seorang perempuan tua yang agak selekeh, kurus dan uzur sedang menunggu di atas sebuah batu di pinggir pelabuhan itu. Melihatkan keadaan fizikal perempuan tua itu, tercetus juga di hatinya bahawa mustahil ibunya sekurus dan secomot itu kerana sebelum peninggalannya, ibunya dalam keadaan sihat dan terurus. Melihatkan anaknya berdiri di atas bahtera itu, ibunya melambai-lambai ke arah Mamat Buntal untuk memberitahu dialah ibunya yang telah lama menanti kepulangannya.
Mamat Buntal dengan nada kasar menafikan perempuan tua itu ibunya biarpun berkali-kali ibunya cuba menyakinkannya. Sebutan keras dan kasar yang keluar dari mulut Mamat Buntal menyebabkan air sungai itu mula berpusar secara tiba-tiba.
Dalam suasana yang agak riuh-rendah itu, keluarlah Salmah lalu terlihat olehnya perempuan tua itu sedang melambai-lambai ke arahnya. Sebagaimana suaminya, Salmah juga tidak mahu mengaku perempuan tua itu adalah ibu mertuanya yang dikenali.
Sejurus beberapa minit kemudian, keluarlah isteri keduanya yang masih muda berusia dalam belasan tahun itu cuba menyakinkan suaminya bahawa perempuan tua itu adalah ibu kandungnya. Namun, suaminya tetap tidak mahu mengaku perempuan tua itu adalah ibunya.
Mendengar kata-kata anaknya yang enggan mengaku dirinya sebagai ibu kandungnya, maka semakin menitislah air mata ibu malang itu. Setelah habis air mata menitis tetapi Mamat Buntal masih enggan mengaku dirinya sebagai ibu kandungnya, dengan rasa yang kecewa dan berputus asa kerana segala pujukan dan rayuan terhadap anaknya yang degil dan durhaka itu tidak dipedulikan juga, maka jalan terakhir kekesalan seorang ibu terus menadah tangan memohon agar Allah menunjukkan kekuasaan-Nya dan membalas perlakuan anaknya.
"Ya Allah! Ya Tuhanku! Datangilah angin puting beliung dan putarkan anakku yang durhaka", pohon ibunya sambil menadah tangan supaya setiap perlakuan anaknya itu mendapat pembalasan setimpal.
Selesai sahaja ibunya berdoa, maka datanglah angin puting beliung yang agak luar biasa menuju ke arah bahtera Mamat Buntal. Sementara air sungai juga berpusar semakin galak. Namun yang anehnya, puting beliung itu hanya berputar di sekitar bahtera Mamat Buntal sahaja tetapi tidak di kawasan lain. Percantuman antara puting beliung dan air sungai yang berpusar itu menyebabkan bahtera Mamat Buntal berpusing mengikut rentak arus dan angin puting beliung itu.
Akibat tiupan angin dan pusaran air yang agak kuat menyebabkan Mamat Buntal serta isterinya tenggelam bersama-sama bahtera di pelabuhan itu. Habis semua barangan dagangan yang ada di atas bahtera itu terpelanting jatuh ke dalam pusaran air termasuk isteri muda Mamat Buntal. Walau bagaimanapun, Allah amat menyayangi hamba-Nya yang hormat dan mengasihi orang tua apabila isteri mudanya sahaja yang dapat diselamatkan oleh ibunya dengan menggapai rambutnya lalu ditarik ke tebing. Sementara Mamat Buntal termasuk isteri pertama yang durhaka akhirnya berubah secara tiba-tiba menjadi batu bersama bahtera, barangan dagangannya termasuk pasir di dasar sungai itu.
Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957, Mamat Buntal yang karam bersama bahteranya dan telah menjadi batu masih lagi wujud di pelabuhan itu. Warga emas dan penduduk asal kampung itu pada asalnya sentiasa di dalam ketakutan untuk melalui kawasan tragedi itu kerana dikatakan berlaku beberapa kejadian misteri yang tidak diduga. Orang ramai yang datang ke kawasan itu pasti menemui maut dan banyak mayat terdampar di pinggir pelabuhan tersebut seolah-olah ditarik oleh suatu kuasa yang tidak kelihatan dengan mata kasar.
Di samping itu menurut Mek Zarah, setiap kali hujan panas turun di kawasan bahtera Mamat Buntal itu karam, akan kelihatan beberapa biji batu permata, berlian serta batu geliga yang tidak pernah dilihat oleh penduduk-penduduk di situ sebelum ini wujud di situ. Anehnya, kemunculan batu-batu permata dan geliga tersebut hanya ditunjukkan kepada orang-orang tertentu sahaja.
"Arwah ibu makcik adalah orang bertuah kerana dapat mengutip batu-batu permata dan geliga yang muncul di situ. Batu-batu ini boleh dijadikan penawar demam dan demam panas dengan merendamkannya ke dalam air", ujarnya.
Hari ini, kisah tragis anak durhaka itu hanya tinggal dalam kenangan. Mamat Buntal, isteri pertamanya dan bahtera yang telah bertukar menjadi batu di Batu Hampar Gate itu kini telah tiada kerana ada pihak yang telah mencanainya untuk tujuan projek pengairan dan saliran di situ kecuali kesan batunya masih wujud. Walau bagaimanapun, kisah sedemikian boleh dijadikan panduan bahawa, janganlah durhaka terhadap ibu mahupun orang tua, kerana akan mendapat pembalasan yang setimpal sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Hajjah Zaharah Hussin atau Mek Zarah.
Batu Hampar Gate: Di sinilah bahtera Mamat Buntal berlabuh dan kemudiannya karam menjadi batu.
Beberapa jenis batu permata dan geliga yang diperolehi dari tempat bahtera Mamat Buntal karam.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan