MISTERI LORONG PUAKA
KOTA BHARU, KELANTAN: SIFAT makhluk halus selain suka menyakat dan mengganggu manusia yang lemah semangat dengan pelbagai usikan yang menakutkan, makhluk itu juga boleh menyerupai pelbagai bentuk dan rupa sama ada sesuatu yang hidup atau yang telah meninggal. Paling menakutkan, apabila terdapatnya bunyi tertentu di sesuatu tempat, namun apabila dijenguk didapati tiada.
Hal seumpama ini kerap berlaku ketika zaman pendudukan Jepun di Negeri Kelantan pada tahun 1941 dulu. Akibat peperangan menentang Jepun, bukan sahaja penduduk-penduduk kampung bukan sahaja takut jika terkena serangan kerana bunyi bedilan yang berpanjangan. Akibat dari peperangan itu banyak mayat bergelimpangan malah ada di antaranya yang tidak terurus.
Menyelami peristiwa tersebut, Wartawan RELATIF berkesempatan menemui Asmawi Abdul Halim, 34, atau Awie dari Lorong Che Majid dekat sini bagi mendapatkan sedikit gambaran di sebalik peristiwa tersebut.
Katanya, cerita berkenaan pernah dimaklumkan oleh arwah bapanya ketika beliau masih remaja di mana di kawasan Lorong Che Majid sehingga kawasan rumah yang didiaminya kini pada masa itu adalah sebuah hutan belukar dan dipenuhi semak-samun. Walaupun di sebelah siang, didapati seperti di malam hari kerana kelihatan masih gelap dan dengan demikian tentunya menakutkan sesiapa yang ingin melalui lorong tersebut.
Berdasarkan cerita yang pernah didengari dari arwah bapanya, sewaktu pendudukan Jepun pada tahun 1941 telah berlaku peperangan yang cukup sengit di antara tentera Jepun dengan Askar Melayu Diraja. Dalam peperangan tersebut, sebuah jet pejuang tentera udara Jepun terkena tembakan dari askar Melayu dan jet pejuang itu terhempas di sebatang pohon jati berdekatan Lorong Che Majid. Dia tidak pasti sama ada pemandunya sempat terjun atau tidak, tetapi dari agakan arwah bapanya sudah pasti pemandunya tidak sempat menyelamatkan diri. Manakala di kawasan lorong tersebut pada masa dulu ditumbuhi pokok pulai dan pohon jati yang tumbuh subur di situ.
Sebagaimana yang difahamkan dari cerita arwah bapanya, arwah bapanya percaya kedengaran bunyi seperti tentera Jepun sedang berbaris di kawasan itu yang turut dialami oleh arwah bapanya itu menggambarkan gangguan daripada hantu Jepun yang kematiannya tidak berkubur. Ketika itu arwah bapanya baru pulang dari kerjanya sebagai penjual tiket wayang di sebuah panggung wayang gambar (pawagam) di bandar Kota Bharu. Arwah bapanya kerap disakat oleh bunyi tentera Jepun sedang berbaris terutamanya apabila tibanya waktu Maghrib dan kadang-kadang lewat malam. Bunyi tentera Jepun sedang berbaris itu dikatakan agak ramai dan dianggarkan kira-kira 20 orang, sedangkan rupa dan bentuk fizikalnya tidak kelihatan kecuali bunyi derap kasut sahaja.
Katanya, bunyi tentera Jepun berbaris menurut arwah bapanya bukannya selalu tetapi akan dapat didengari pada masa-masa tertentu. Kadang-kadang bunyinya boleh didengari sehingga di jalan utama Jalan Sultan Yahya Petra yang tentunya individu yang pernah terkena gangguan tersebut menyebabkan bulu roma berasa seram disebabkan kawasan keras pada masa itu masih dipenuhi hutan tebal dan suasananya masih gelap pekat.
Menurut Awie, ketika remajanya beliau sering bermain di dalam bangkai jet pejuang Jepun itu kerana ruangnya agak luas. Ia boleh dijadikan sebagai rumah rehat atau rumah tumpangan sementara kerana beberapa bahagian dalam bangkai jet tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan, ini tentunya amat menyeronokkannya. Tetapi semua yang dilakukannya itu sekadar di waktu siang hari sahaja, sebaliknya apabila tiba waktu malam terutamanya apabila waktu menjelang Maghrib, akan kedengaran bunyi yang menyeramkan dari arah dalam bangkai jet pejuang Jepun itu.
Dalam tahun 1989 misalnya, beliau juga mengalami peristiwa yang hampir sama sebagaimana yang pernah dialami oleh arwah bapanya. Ketika itu jam menunjukkan 10.30 malam, sikapnya yang suka keluar malam akan digunakan sepenuhnya dan kawasan yang sering dilaluinya ialah berhampiran dengan bangkai jet pejuang Jepun tersebut kerana itu sahaja jalan pintas untuk keluar ke jalan utama.
Ketika beliau betul-betul tiba berhampiran bangkai jet pejuang Jepun itu, dengan tidak semena-mena ribut yang paling dahsyat melanda kawasan terbabit sedangkan keadaan cuaca dan langit pada hari tersebut agak cerah serta berkeadaan baik dan tidak ada tanda-tanda akan turunnya ribut. Paling menghairankannya, dari manakah ribut itu datang kerana ia dialami di kawasan tersebut sahaja.
Menurutnya, binatang kecil seperti tikus dan kucing yang sedang menikmati sisa buangan di sebuah tong sampah di bawah pohon jati dan pohon pulai itu semuanya bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Sisa-sisa buangan dan sampah yang ada dalam tong berkenaan juga berterbangan dan berselerakan di kawasan sekitarnya akibat begitu teruk dilanda ribut yang datang tidak secara tiba-tiba itu.
Dalam keadaan riuh rendah bunyi ribut yang agak kuat itu, beliau cuba mendongak ke langit untuk melihat arah bunyi ribut itu datang. Dari apa yang dilihatnya, beliau dapati suatu gumpalan awan hitam menjunam ke bawah dengan laju dan bunyi yang agak kuat yang kemudiannya terhempas ke bahagian umbi pohon jati bersebelahan pohon pulai tersebut. Bunyi terhempas itu seperti pohon sedang tumbang atau bangunan runtuh.
Akibat sesuatu benda terhempas dengan kuat itu beliau berlari dengan langkah seribu. Sedar sahaja dari keletihan yang amat sangat akibat berlari sejauh 20 meter, tanpa disedarinya beliau ketika itu sudah berada di sebuah gerai makanan di sebatang jalan di belakang Pasar raya KB Mall yang ada sekarang untuk menunjukkan ketakutan yang amat sangat sampai sanggup berlari laju sejauh itu.
Apabila ditanya, apakah beliau pulang ke rumah melalui lorong kawasan jet pejuang Jepun itu terhempas? Beliau menjelaskan, dia tidak lagi melalui lorong tersebut kerana masih terlalu takut. Sebaliknya beliau berjalan kaki beramai-ramai bersama-sama rakan-rakannya di gerai itu mengikut arah laluan lain melalui Jalan Kuala Krai dengan memasuki sebatang lorong dari arah Pejabat Risda. Namun sesuatu yang peliknya ialah, apabila dilihatnya selepas itu tidak ada sesuatu benda pun yang terhempas di kawasan pohon jati itu. Dari agakannya, mungkin hantu Jepun yang tidak ingin memperlihatkan rupa sebenar ingin menguji sejauh mana keberaniannya sebagai seorang lelaki muda di kampung itu, bisik hati kecilnya seorang diri.
Tambahnya lagi, selain disakat oleh hantu Jepun di lorong puaka itu, beliau turut diganggu beberapa lembaga lain yang sering menjadikan lorong berhampiran pohon pulai itu sebagai laluan makhluk halus terbabit. Pernah beliau dibaling dengan pasir oleh lembaga terbabit yang tidak menampakkan bentuk fizikalnya ketika beliau melalui lorong itu beberapa kali.
Bahkan pada ketika tertentu, beliau pernah bertembung dengan lembaga yang membawa lilin pada malam hari sedang menyusuri kawasan lorong tersebut. Sebaliknya tubuhnya tidak kelihatan kecuali lilin yang dibawanya. Malah kadang-kadang beliau dapat melihat dengan jelas ada seseorang sedang bermain buaian di sebatang pohon di lorong mengusik itu pada malam hari. Kalaulah manusia, masakan sanggup bermain buaian tersebut di malam gelap gelita tanpa ditemani sebarang cahaya lampu.
Terangnya, paling kerap beliau diganggu ialah lembaga yang menyerupai sepupunya sewaktu beliau bertembung dengan lembaga terbabit ketika keluar rumah pada malam hari. Apabila beliau bertanya arah tujuannya, lembaga tersebut membisu seribu bahasa. Kemudiannya apabila beliau berpatah balik, didapati sepupunya ada di rumah ketika itu. Ini bermakna, lembaga yang menjelma seperti wajah sepupunya itu dipercayai hantu raya yang suka mengganggu penduduk-penduduk kampung tersebut.
Di samping itu, beliau juga turut melihat dengan jelas kelibat lembaga yang menjelma dalam rupa orang kampungnya itu yang telah meninggal dunia. Apabila diamatinya, ternyata salah seorang penduduk asal kampungnya itu telahpun meninggal dunia beberapa tahun lalu, tiba-tiba menjelma dalam rupa yang sama. Malah menurutnya, beberapa orang belia kampung berkenaan yang gemar bermain bolasepak dan sering pulang lewat malam kerap terserempak dengan lembaga yang menyerupai penduduk yang telah meninggal dunia itu.
Justeru menurutnya, kisah misteri tersebut merupakan kejadian zaman silam. Kini, Lorong Che Majid yang dianggap lorong puaka pada masa dulu telahpun membangun di tengah bandar Kota Bharu apabila banyak didirikan bangunan-bangunan perniagaan serta rumah kediaman, malah banyak kawasan sekitarnya dibersihkan, bangkai jet pejuang Jepun yang sering mencatatkan kisah misteri di waktu itu tidak lagi wujud hari ini. Malahan beberapa orang penduduk kampung berkenaan yang seringkali terserempak dengan lembaga aneh di kampung itu sebelum ini juga tidak lagi berlaku hari ini. Usikan itu hanya tinggal kenangan, malah penduduk di kawasan sekitarnya dapat menjalani kehidupan penuh aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan yang menyeramkan.

Asmawi Abdul Halim atau Awie.
Asmawi Abdul Halim atau Awie ketika diwawancara Wartawan RELATIF di kediamannya.
"Inilah pohon pulai tempat tersadainya bangkai jet pejuang Jepun suatu ketika dahulu", Awie.
"Bunyi benda terhempas itu kuat seperti bangunan runtuh berhampiran pokok jati ini", Awie.
Lembaga seperti hantu raya sering muncul di hadapan rumahnya.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan