MISTERI DISOROK JIN ISLAM
KOTA BHARU, KELANTAN: KETIKA zaman kanak-kanak dahulu, Penulis sering dinasihatkan supaya tidak keluar rumah atau bermain-main ketika waktu Maghrib. Malah ada pula yang mengingatkan agar tidak membiarkan bayi dan kanak-kanak menangis pada masa-masa berkenaan kerana bimbang disorok makhluk halus yang gemar berkeliaran pada waktu berkenaan.
Larangan itu mungkin ada kebenarannya dan bukanlah cerita karut yang sengaja diada-adakan. Kisah seorang kanak-kanak yang telah disorok oleh makhluk halus di Kedah beberapa tahun lalu adalah sebagai contoh untuk dijadikan pengajaran kepada kanak-kanak dan ibu bapa agar tidak memandang remeh akan hal berkenaan.
Bagi mendapatkan gambaran di sebalik kisah berkenaan, Wartawan RELATIF berkesempatan menemui Pengasas Mind Group dan Pusat Rawatan Qalbun Salim, Profesor Dr. Haji Shahrin Abd. Rahman, Taman Sabariah, Kota Bharu, Kelantan.
Menurut Profesor Dr. Shahrin, kanak-kanak tersebut berusia tujuh tahun, agak nakal serta sering keluar rumah tanpa pengetahuan ibu dan bapanya. Kebiasaannya, dia akan pulang ke rumah sebelum Maghrib, tetapi pada hari itu kanak-kanak tersebut pulang agak lewat iaitu semasa Maghrib melabuhkan tirainya.
Geram dengan sikap kanak-kanak tersebut menyebabkan bapanya naik angin dan terus memukulnya sebagai pengajaran baginya supaya tidak lagi mengulanginya biarpun sebelum ini bapanya tidak pernah berbuat demikian.
Disebabkan sakit dengan pukulan itu, kanak-kanak tersebut merajuk dan lari keluar rumah waktu itu juga. Tanpa berfikir risiko yang bakal ditanggung dari tindakannya itu, si bapa terus mengejar anaknya itu dari belakang bersama rotan tergenggam erat di tangan. Berikutan hari terlalu gelap, dia melupakan niatnya itu dan terus pulang ke rumah. Sangkanya pasti anaknya itu akan pulang sebentar lagi.
Selepas menunaikan solat Maghrib, dia dimaklumkan oleh isterinya bahawa anaknya itu masih juga belum pulang. Berderau juga darahnya mendengar kata-kata isterinya itu, lantas dia mencari di seluruh tempat. Sangkaannya tentu anaknya itu lari ke rumah bapa saudaranya yang terletak berhampiran dengan rumahnya, tetapi sangkaannya itu ternyata meleset.
Berikutan anak yang dicari tidak juga ditemui yang memungkinkan disembunyikan makhluk halus, dia mendapatkan khidmat seorang bomoh bahawa anaknya memang telah disorok oleh makhluk halus iaitu jin yang menghuni dalam pohon pulai besar yang terletak di hadapan rumahnya.
"Kata bomoh itu, dia hanya mampu berkomunikasi dengan jin itu sahaja tetapi tidak mampu untuk mengeluarkan kanak-kanak yang disorok dalam pohon pulai itu.
"Walau bagaimanapun, jin itu meminta supaya ada orang lain yang mampu meminta dengannya secara baik untuk membolehkan kanak-kanak itu dikembalikan", kata Profesor Dr. Shahrin.
Mendengarkan kata-kata bomoh itu, bapa kanak-kanak berkenaan terkejut dan bimbang jika anaknya tidak akan dikembalikan lagi. Apatah lagi, sudah habis ikhtiar dilakukan supaya jin yang menghuni pohon pulai itu mengembalikan anaknya itu kepadanya.
"Oleh kerana tidak dapat berbuat apa-apa, bapa kanak-kanak malang itu terus menghubungi saya supaya berikhtiar untuk berunding dengan jin itu dan mengembalikan anaknya", tambah Profesor Dr. Shahrin lagi.
Disebabkan kasihan dengan keluarga berkenaan apatah lagi terhadap kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa tentang alam ghaib, beliau bersedia menghulurkan bantuan. Walaupun beliau sebenarnya tidak begitu arif dalam masalah seperti ini, tetapi jika ada yang memerlukan pertolongan terpaksalah beliau berbuat demikian dengan cara menunaikan solat hajat.
Setibanya di kediaman keluarga mangsa, beliau diberitahu perkara sebenar tentang peristiwa tersebut. Hasil komunikasi dengan jin tersebut, jin tersebut adalah jin Islam yang memang sukakan kanak-kanak. Jin tersebut sedih dan amat marah kanak-kanak dipukul tanpa belas kasihan. Jin tersebut sengaja menyorokkan kanak-kanak itu untuk menyelamatkannya dari terus dipukul dan sebagai sebab untuk mendidik bapa kanak-kanak itu.
Menurutnya lagi, jin tersebut turut memberitahunya supaya memaklumkan kepada bapa kanak-kanak berkenaan agar berjanji untuk tidak memukulnya lagi. Beliau turut meminta jin itu supaya memaklumkan kepada kanak-kanak itu agar tidak lagi pulang lewat ke rumah dan sentiasa mendengar nasihat orang tua. Berlakulah komunikasi dua hala.
"Saya tanya jin itu, adakah kanak-kanak itu dijaga dengan baik atau ada unsur-unsur penderaan?" soalnya untuk penjelasan jin yang menyorok kanak-kanak malang itu.
Jin itu memberitahu, kanak-kanak tersebut juga dikatakan dijaga dengan baik dan diberikan makanan serta minuman menurut kemahuannya. Jin tersebut juga meminta agar beliau melakukan solat hajat pada hari itu juga. Maka pada waktu Maghrib keesokan harinya, kanak-kanak malang itu dibebaskan dan diletakkan berhampiran pohon pulai besar itu dalam keadaan keletihan dan tidak bermaya kerana makanan dan minuman yang diberikan oleh jin itu amat berbeza dengan makanan di alam manusia.
Kanak-kanak itu memberitahu, dia dilayan dengan baik dan diberikan makanan serta minuman oleh jin yang dianggapnya sebagai 'atuk' di mana makanannya amat lazat seperti nasi, ikan goreng dan keropok, tetapi sebenarnya dari daun kayu. Manakala minuman oren sebagaimana dakwaan kanak-kanak itu sebenarnya air kencing lembu yang baunya amat busuk menusuk hidung.
Kanak-kanak itu kemudiannya dimandikan secara spiritual. Dalam masa kanak-kanak itu sedang mandi, Profesor Dr. Shahrin meminta kanak-kanak itu menceritakan pengalamannya disorok oleh jin tersebut.
Menurut kanak-kanak tersebut, semasa bapanya memukulnya dengan rotan, dia lari keluar rumah. Tiba-tiba tercegat seorang lelaki tua sedang bersandar pada sebatang pohon pulai besar di hadapan rumahnya. Dia mendapatkan 'atuk' itu untuk meminta pertolongan dan perlindungan dari terus dipukul oleh bapanya.
Dengan pantas jin itu mempersilakan kanak-kanak itu mengikut langkahnya menuju ke suatu tempat yang agak aneh baginya. Semasa kanak-kanak itu melangkah ke dalam pohon pulai itu, dia terdengar suara memanggil namanya berulang kali. Tetapi, apabila dia cuba bersuara seperti ada sesuatu benda yang tersekat di kerongkongnya yang menghalangnya bersuara. Manakala bapanya seperti terhalang untuk mendekati pohon pulai tersebut.
Hampir seminggu kanak-kanak berkenaan menghuni bersama-sama jin di dalam pohon pulai besar itu. Setelah dinasihati oleh jin berkenaan, kanak-kanak itu berjanji kepada Profesor Dr. Shahrin untuk mendengar teguran bapanya dan akan pulang ke rumah sebelum waktu Maghrib tidak sebagaimana sebelum ini. Manakala bapanya pula berjanji untuk tidak lagi memukul anaknya walau bagaimana kesalahan yang dilakukannya.
"Pada mulanya, bapa kanak-kanak itu berhasrat untuk menebang pohon pulai itu untuk tujuan mengelakkan perkara yang sama berulang lagi. Tetapi saya nasihatkannya agar tidak berbuat demikian kerana pohon pulai itu menjadi tempat tinggal jin berkenaan. Jin itu pula tidak pernah mengganggu orang lain yang lalu lalang di situ", ujarnya.
Ditanya dari golongan mana jin itu, beliau menjelaskan bahawa jin tersebut adalah jin Islam yang alim. Jin terdiri daripada dua golongan iaitu jin Islam dan jin kafir.
Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu jin yang taat kepada perintah Allah dan jin yang durhaka kepada Allah. Jin kafir dan jin yang durhaka kepada Allah secara automatik menjadi syaitan.
"Jin yang sorok kanak-kanak itu adalah dari kelas sederhana tetapi alim. Sebab itu dia tidak suka kepada kejahatan. Jin itu tinggal di situ kerana memang berasal dari situ.
"Kalau kanak-kanak itu disorok dan dipelihara oleh jin kafir, kanak-kanak itu akan disakiti, dikhianati dan didera. Sebaliknya apabila jin Islam yang membela, kanak-kanak yang diambilnya akan dipelihara dengan baik. Kalau ada rezeki , dia akan dihantar balik", tambahnya.
Menurutnya lagi, terdapat satu kes, seorang individu terpaksa tinggal bersama-sama jin menjangkau dua tahun lamanya apabila disorok oleh jin. Apabila kembali semula ke alam manusia, dia menjadi seorang bomoh. Ini kerana, jin berkenaan memberikan didikan dan mengajarkan ilmu-ilmu yang tidak ada dalam dunia manusia. Jin itu akan mengajar ilmu sebagaimana yang dikehendaki oleh manusia sama ada tentang perubatan, kekayaan dan sebagainya.
Justeru, tindakan makhluk halus menyorokkan manusia mempunyai sebabnya tersendiri. Mungkin kerana kesilapan dan kelalaian manusia yang menganggap kita sahaja yang menghuni alam ini. Ketahuilah, selain manusia ada lagi makhluk lain yang berkongsi keperluan di alam ciptaan Allah ini. Sama-samalah kita menghormati makhluk yang dijadikan Allah kerana mereka juga ingin hidup seperti kita.

Profesor Dr. Haji Shahrin Abd. Rahman.
Pusat Rawatan Qalbun Salim milik Profesor Dr. Haji Shahrin Abd. Rahman.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan