MISTERI REMAJA DISOROK
PASIR MAS, KELANTAN: MEMANG boleh dikatakan amat mustahil dan tidak masuk akal apabila seorang remaja lelaki yang berwatak lembut seperti seorang perempuan, tidak pernah meninggalkan rumahnya sendiri kecuali dengan mendapat keizinan kedua ibu bapanya. Malah remaja ini seorang yang rajin sembahyang di masjid serta mempunyai tingkah laku yang baik serta jujur. Namun, remaja yang bernama Radhi, 16, didapati telah hilang secara misteri dan didakwa oleh beberapa pihak telah disorok bunian ke sebuah pulau hingga ke hari ini.
Ketika ditemui Wartawan RELATIF, seorang warga emas, Awang @ Abdullah Senik atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, 59, dari Kampung Pangkal Kala, Pasir Mas, Kelantan mendakwa remaja yang hilang itu dikatakan dibawa ke Banggol Kubur yang terletak dalam daerah Thailand serta dipisahkan hanya dengan sebuah sungai berjarak 50 meter dengan Kampung Kolam Gelang Mas, Pasir Mas dekat sini.
"Pakcik sendiri pun hairan juga. Radhi budak yang baik. Semua orang senang dengan sikapnya. Kenapa dia yang disorok sebab dia tidak ke mana-mana. Dia hanya terperap di rumahnya saja", getus Pak Lah sambil mengerutkan dahinya untuk menunjukkan kesedihannya dengan peristiwa pertama di kampung yang berjiran itu.
Katanya, sebelum remaja itu hilang, Radhi pernah ke Pantai Sri Tujuh, Tumpat dan apabila pulang dari pantai itu didapati dirinya seperti tidak keruan dan apa yang dilakukannya seolah-olah tidak mencapai kepuasan serta ada sesuatu yang tidak kena terhadap dirinya. Manakala pada hari yang berikutnya, dua orang rakannya pula ke pantai yang sama tanpa ditemani mangsa dan mangsa hanya terperap di rumah semata-mata kerana masih memikirkan tentang masalah yang dihadapinya. Semasa di pantai itu, kedua-dua rakannya menemui sebunjut bungkusan di mana apabila diteliti terdapat dua bilah keris dan wang syiling dalam bungkusan yang dimaksudkan.
Memikirkan mungkin ada sesuatu yang berguna kepada mereka bertiga nanti, kedua-dua rakan mangsa itu terus membawanya pulang. Salah seorang rakannya mengambil syiling tersebut, sebilah keris diambil oleh rakannya manakala sebilah keris lagi diserahkan kepada Radhi. Setelah menerima sebilah keris tersebut yang bertulis "keris ini kepunyaan Haji Ahmad", menyebabkan masalah yang dialaminya sebelum ini semakin membingungkan fikirannya dan keadaan itu menyebabkannya bertambah sasau. Dalam keadaan tidak dapat memikirkan keadaan dirinya itu menjadikan mangsa seperti dipukau supaya datang ke suatu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa. Apabila beliau tersedar, orang ramai difahamkan, mangsa dibawa oleh suatu makhluk ke tempat kejadian yang dimaksudkan.
Menyedari mangsa didapati hilang lebih seminggu dan disahkan di kawasan pohon sagu bersebelahan sebuah sungai yang dilitupi hutan tebal dan semak-samun, beberapa orang penduduk kampung terlibat termasuk kampung yang berdekatan segera memberikan pertolongan sekadar dengan kemampuan masing-masing. Operasi mencari mangsa turut mendapat bantuan pihak polis yang dianggarkan berjumlah 200 orang dalam usaha menjejaki mangsa. Ketika dalam usaha menjejak mangsa, ada yang ternampak sehelai baju dan seluar yang dipakai oleh mangsa dipintal di sebatang pokok menerung di mana ikatannya menyerupai sekujur mayat manusia.
"Pakcik terkejut juga, kenapa baju dan seluar Radhi diikat macam bentuk mayat. Adakah tanda Radhi tidak akan kembali lagi?" sambung Pak Lah yang masih kaget dengan kejadian pelik dan telah tersebar pantas ke beberapa buah kampung yang berjiran itu.
Dalam operasi mencari mangsa, ramai juga yang terperosok ke dalam kubang kerbau berikutan air sungai melimpah ke tebing malah tanah di situ juga adalah berpaya yang ditumbuhi rumput kecil menyebabkan orang-orang kampung termasuk pihak polis yang turut mencari mangsa mengalami basah kuyup. Namun, mereka tidak menunjukkan sikap putus asa dengan Radhi dapat ditemui semula, namun segala-galanya agak kecewa. Pak Lah yang agak sedih dengan kejadian itu turut memberikan bantuan dengan mencarinya bersama rakannya yang dikenali sebagai Wan tetapi pencarian itu dilakukannya pada hari yang lain.
Berikutan usaha mencari menemui jalan buntu sekadar penemuan sehelai baju dan seluar mangsa, bapa mangsa kemudiannya mengadakan majlis sembahyang hajat, namun penyudahnya adalah sebuah kehampaan. Tanpa merasa jemu dan sebagai ikhtiar terakhir, terpaksalah bapa mangsa mendapatkan khidmat bomoh kerana kebiasaannya dengan kaedah sedemikian tentunya usaha mendapatkan kembali Radhi yang hilang itu akan berhasil. Lebih kurang 20 orang bomoh termasuk seorang bomoh cilik (bomoh kanak-kanak) yang mendakwa dapat melihat mangsa sedang dibawa ke alam ghaib iaitu ke sebuah gunung di mana di kawasan itu juga seperti sebuah pulau yang tidak diketahui berada di daerah mana.
Manakala terdapat juga beberapa orang bomoh itu mendakwa, Radhi sedang merayau-rayau dan berjalan kaki seorang diri di Batu Tiga, Repek, Pasir Mas, lantas dan tanpa membuang masa kedua ibu bapanya bergegas ke tempat itu, namun mangsa tidak juga ditemui. Selepas itu, Radhi dikatakan muncul di Tanah Merah. Tanpa berfikir panjang mereka bergegas ke tempat yang dikatakan itu, namun agak hampa juga kerana bukannya mangsa tetapi orang lain.
Dalam hubungan ini, seandainya amat jelas mangsa telah dibawa mengembara ke alam ghaib milik bunian kerana bentuk fizikal yang dialami mangsa, mungkin sebagai suatu isyarat, makhluk bunian memang sayangkan keadaan mangsa kerana tiada kepakaran yang boleh merawat penyakit tersebut. Cuma, dalam konteks manusia sekadar berserah kepada kehendak Yang Maha Esa, supaya suatu hari nanti mangsa akan dikembalikan kepada orang tuanya. Mungkin pada masa itu, orang yang pernah melihatnya tidak akan mengenali mangsa yang telah bertukar dari rupa asal kepada sifatnya yang terbaru. Hanya Allah jua yang tahu segala-gala tentang hamba-hamba-Nya.

Awang @ Abdullah Senik atau Pak Lah.
Pak Lah ketika diwawancara Wartawan RELATIF tentang remaja disorok bunian.
Wartawan RELATIF (kiri) dibantu kanak-kanak ke tempat remaja tersebut hilang.
Di sinilah remaja bernama Radhi didapati hilang dan disorok sehingga hari ini.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan