MISTERI GADIS GHAIB
(Rencana Pertama)
(Rencana Pertama)
JERTEH, TERENGGANU: KISAH tentang seorang gadis bernama Siti Balqis Mohd. Nor, 22, anak sulung daripada empat beradik yang sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, Jerteh, Terengganu awal Oktober 2010 telah menggemparkan seluruh penduduk di kampung tersebut. Bahkan sejak berita yang disiarkan media cetak dan elektronik tentang gadis ghaib yang mendiami rumah bercat kuning bersebelahan papan tanda jalan 'Kampung Gong Nangka' itu sering dikunjungi orang ramai sama ada jiran-jiran terdekat malahan penduduk-penduduk dari daerah lain yang ingin melihat keadaan mangsa secara dekat.
Sejak kisah berkenaan tersiar dan diketahui umum bukan sahaja melalui media cetak dan elektronik, turut ditemui dalam laman web yang menyiarkan foto dan cerita tentang keadaan mangsa yang dikatakan diculik dan dighaibkan oleh jin ke merata-rata tempat seperti di kedua-dua tanah perkuburan berhampiran sejak Ramadan 2010 dan ketika itu juga mangsa turut mendengar bacaan Al-Quran serta zikir. Dikatakan Siti Balqis pada mulanya hanya dighaibkan di kawasan rumah dan persekitarannya sahaja, kadang-kadang ada penduduk kampung terbabit mendakwa mangsa dighaibkan dan dibawa ke sebuah rumah tinggal, atas pokok, atas siling rumah, dalam mesin pembasuh dan selepas itu mangsa ditemui oleh di dalam almari oleh ibunya, Norizan Said, 47.
Keadaan mangsa semakin memuncak kerana pada hari berikutnya, mangsa telah dighaibkan pula ke Bukit Keluang, Besut, Terengganu dan apabila ada pihak-pihak yang mengambil tahu hal berkenaan, mangsa kemudiannya ditemui pula di atas pohon rambutan berhampiran rumahnya.
Disebabkan kisah yang agak luar biasa dan menyayat hati itu telah menyebabkan ramai bomoh dan pengamal rawatan tradisional Islam menghulurkan bantuan. Dilaporkan seramai 117 bomoh serta pengamal rawatan tradisional termasuk wakil dari Yayasan Islam Terengganu (YIT) mengambil inisiatif yang sama untuk memulihkan keadaan mangsa dengan pelbagai kaedah menurut ilmu yang dipelajari mereka. Sehinggakan kumpulan awal yang merawat mangsa dikatakan berjaya menangkap sembilan jin yang menyebabkan Siti Balqis dalam keadaan tidak tenteram dan sering ghaib walaupun dikelilingi tetamu lalu dimasukkan ke dalam botol yang berasingan.
Namun begitu, selang sehari dakwaan kononnya bomoh terbabit berjaya menangkap sembilan jin lalu memasukkan makhluk halus berkenaan ke dalam bekas yang dimaksudkan, Siti Balqis kemudiannya didapati ghaib kembali. Kejadian berkenaan berlaku turut disaksikan oleh tetamu yang berada di rumah mangsa. Difahamkan juga sepasang suami isteri yang merupakan bomoh dari Pasir Mas, Kelantan sanggup ke rumah mangsa dengan menunggang motosikal semata-mata untuk menghulurkan bantuan dan pertolongan juga didapati gagal berbuat demikian setelah melihat wajah mangsa, bomoh berkenaan menyerah awal sebelum bertarung kerana tidak mampu memulihkan keadaan Siti Balqis.
Berikutan itu, wakil dari Yayasan Islam Terengganu (YIT) melalui beberapa pakar rawatan alternatif Islam cuba untuk memulihkan keadaan mangsa dengan kaedah seperti mengalunkan azan, solat hajat serta bacaan surah Yassin sehingga dikatakan dapat menangkap 12 jin yang mengancam keselamatan dan kehidupan Siti Balqis dan ibunya juga didapati gagal.
Dakwaan kononnya kesemua 21 jin telah dapat ditangkap adalah satu ilusi. Ini kerana, semenjak hari itu keadaan Siti Balqis dalam keadaan semakin tertekan. Bahkan walaupun masih ada pengamal rawatan tradisional dan bomoh yang handal-handal yang mungkin telah mengetahui berita sedemikian, setakat ini masih tidak ada usaha dari mereka untuk menghulurkan bantuan yang sepatutnya. Mungkin dari anggapan mereka, kejadian berkenaan agak luar biasa dan di luar kemampuan ilmu yang dimiliki mereka.
Ketika Wartawan RELATIF menjengah ke rumah mangsa pada malam Sabtu, 15 Oktober, 2010, keadaan hawa dalam rumahnya agak membahang manakala Siti Balqis terus menangis sepuasnya mengenangkan nasib yang menimpanya dan keadaan tubuhnya agak sedikit susut. Tetamu yang hadir bukan sahaja terdiri daripada jiran tetangga dan penduduk-penduduk dari daerah lain semakin ramai membanjiri rumahnya setiap hari sehingga malam untuk melihat keadaan mangsa. Namun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tiada kepakaran di bidang terbabit.
Semasa kehadiran Wartawan RELATIF, jiran-jiran terdekat dengan kediaman mangsa memaklumkan kepada Penulis bahawa terdapat seorang bomoh yang turut hadir tetapi sekadar menyaksikannya sahaja kerana tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bahkan dari makluman mereka juga, kejadian mangsa sampai ke kemuncaknya pada waktu tengah hari 13 Oktober, 2010 apabila cuba diterbangkan makhluk ghaib itu. Namun, tidak sampai 48 jam iaitu pada sebelah pagi Jumaat, 14 Oktober, 2010 apabila mangsa dikatakan cuba ditarik oleh makhluk halus yang sama ke atas bumbung rumah untuk tujuan melarikan Siti Balqis.
Walau bagaimanapun, makhluk ghaib tersebut gagal berbuat demikian kerana orang ramai yang melihatnya sempat menyambar kaki mangsa. Selepas itu, makhluk berkenaan berusaha mengheret mangsa ke dapur dan dalam bilik tetapi sempat juga dipegang oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menyebabkan makhluk ghaib yang menarik mangsa terjatuh ke atas sebidang tikar getah. Melihat kejadian itu, salah seorang yang hanya dikenali 'Pak Ji' sempat merakam foto menggunakan telefon bimbitnya untuk dijadikan bahan bukti dan kenangannya. Alangkah terkejutnya beliau mendapati makhluk yang menarik mangsa itu ialah 'langsuir' yang jatuh tertiarap sambil menutup sebahagian tubuh dan wajahnya. Foto wajah langsuir yang sempat dirakamnya itu diserahkan kepada Penulis sebagai bukti.
Memang betul anggapan sesetengah orang, langsuir memang degil kerana walaupun sebelum ini pernah dialunkan azan, solat hajat, dibacakan Al-Quran serta surah Yassin dan sebagainya namun tidak mampu menghalang niat atau mengekang makhluk berdarjat rendah itu.
Salah seorang Pengamal Rawatan Tradisional Abjad Kelantan dan Warisan Pusaka Tok Kenali, Aziz Haji Daud yang turut hadir bersama Penulis tidak menolak bahawa kawasan berkenaan adalah perkampungan makhluk bunian. Hal ini ada kaitannya dengan suatu perjanjian di antara keluarga terbabit dengan makhluk tersebut pada masa lampau yang memungkinkan makhluk berkenaan membuat tuntutan dan mangsanya adalah cucu atau keturunannya pula.
Malahan setakat ini kira-kira 14 jenis batu permata telah diberikan kepada keluarga mangsa untuk disimpan di mana tiga biji batu permata yang dianggap berharga yang tiba-tiba jatuh di rumah mangsa tertera tulisan Jawi kalimah Allah, kalimah Muhammad, manakala salah satunya berwajah manusia dan ada imej pintu Kaabah.
Ketika diminta pandangan Aziz Haji Daud tentang batu-batu permata tersebut, beliau menjelaskan pemberian batu permata tersebut sebagai mengaburi mata manusia khususnya Siti Balqis (mangsa) sendiri dan keluarganya sebagai syarat perjanjian baru yang membolehkan makhluk berkenaan untuk melakukan tipu daya menurut kehendak makhluk ghaib itu. Katanya, sepatutnya batu-batu permata itu tidak disimpan kerana tidak mempunyai faedah dan manfaatnya dalam konteks manusia yang beragama Islam. Sememang menurutnya, sejak kejadian Adam a.s lagi syaitan dan kuncu-kuncunya yang terdiri daripada jin akan berusaha untuk menyesatkan manusia dengan pelbagai cara sehingga hari kiamat supaya terjerumus ke dalam neraka sebagai pengikut sesat golongan mereka.
Jin-jin itu pula merupakan "tentera dajal" yang bersekongkol dengan makhluk jahat itu, malahan jika ada manusia yang mengamalkan ilmu hitam yang ingin menjadikan mangsa dalam kacau bilau dan huru-hara dengan cara menghantar santau mahupun sihir kepada mangsa melalui khidmat makhluk terbabit juga sebagai perkongsian yang membawa kesesatan dan dalang terbabit sebenarnya termasuk dalam golongan sesat yang sanggup mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat yang sememangnya dimurkai dan dilaknati oleh Allah S.W.T.
Justeru, sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W yang menjadikan Islam sebagai agama "ad-din" tidak sewajarnya menganggap makhluk berkenaan lebih kuat kerana manusia itu lebih hebat dan mulia sebagai makhluk, hanya Allah S.W.T sahaja yang lebih hebat dan setiap kejadian yang menimpa akan menjadi mudarat jika mendapat keizinan Allah, jika tidak adalah sebaliknya.

NOTA:
Baca juga Rentetan Kejadian Mangsa Dengan Makhluk Ghaib dalam "Rencana Kedua" hasil wawancara Wartawan RELATIF dengan ibu mangsa bertajuk "Misteri Siti Balqis Ghaib".
Siti Balqis Mohd. Nor.
Inilah "langsuir" yang dikatakan menerbangkan Siti Balqis melalui jendela dan bumbung rumah (Gambar sumbangan Pak Ji).
Papan tanda ini terletak berhampiran rumah mangsa.
Kenderaan orang ramai dan suasana malam di rumah mangsa.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan