KHATAN KALI KEDUA
KOTA BHARU, KELANTAN: Berkhatan atau bersunat adalah dua istilah yang sama ertinya malah begitu sinonim dengan lelaki Islam. Kepentingan bersunat atau berkhatan adalah untuk membuang darah kotor yang terkumpul pada alat sulit kanak-kanak lelaki supaya berkeadaan bersih dan suci, malah solat yang dilakukan akan lebih sempurna jika bahan kotor itu dibuang. Tetapi ketahuilah bahawa, ada juga kalangan lelaki dewasa yang melakukan sunat kali kedua yang bertujuan untuk mengembalikan tenaga kelelakian yang kendur atau alat kelamin yang lemah terus bertenaga di samping menghindarkan masalah lemah tenaga batin.
Hal seumpama ini tidak diketahui oleh semua lelaki, kerana banyak kes-kes perceraian yang turut melibatkan "lemah tenaga batin" dan alat kelamin yang tidak bertenaga berpunca daripada masalah pihak lelaki sendiri. Isteri yang belum mencapai tahap kepuasan seks secara maksimum akan menyalahkan suami-suami mereka yang terbeban dengan masalah lemah tenaga seks itu.
Kurang tenaga kelelakian mahupun lemah tenaga batin bukan suatu perkara kecil dan remeh malah pesakit tidak sewajarnya mendiamkan diri jika menghadapi masalah sedemikian. Akibat terlalu malu menerima rawatan apatah lagi terdapat segelintir lelaki yang terlalu ego tidak akan mempedulikan masalah mereka lalu membiarkannya sehingga kepada tahap yang kritis.
Bagi menjelaskan perkara dan fenomena ini, Penulis berkesempatan mewawancara pakar merawat masalah sedemikian yang juga seorang Mudim, Mohd. Azman Haji Mahmood, 46, dari Kampung Pauh Panji dekat sini. Beliau yang juga seorang pengusaha gerai makanan menjelaskan, beliau belajar sebagai seorang mudim dari arwah bapanya yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Perubatan (H.A) di Hospital Besar Kota Bharu (kini Hospital Raja Perempuan Sultanah Zainab II).
Selain begitu mahir dalam selok-belok mudim dan pakar berhubung dengan tenaga batin, adik-beradiknya yang lain seramai lima orang mempunyai minat dan kemampuan sepertinya juga. Namun, daripada pendapat arwah bapanya amat jelas, beliaulah yang begitu menyerlah yang mewarisi ilmu dan kemahiran sedemikian terus daripada arwah bapanya itu. Walaupun begitu menurutnya, semasa melakukan sunat atau berkhatan beliau tidak melakukannya seorang diri, tetapi turut dibantu oleh abangnya yang tinggal di Tapang, Kota Bharu, Kelantan.
"Abang Man tidak melakukan khatan itu secara bersendirian, sebaliknya turut dibantu oleh abang. Kadang-kadang anak lelaki Abang Man turut sama membantu. Upacara khatan ini Abang Man lakukan di rumah", ujarnya yang membahasakan dirinya Abang Man semasa kunjungan Penulis di kediamannya di Kampung Pauh Panji.
Menurut Mudim Azman lagi, minatnya menjadi mudim terdetik ketika beliau masih di peringkat remaja lagi iaitu dalam usia 17 tahun sehinggalah usianya 42 tahun. Beliau sering menurut ke mana bapanya pergi menjalankan tugas sama ada ke Gua Musang sehingga ke Perlis. Tiga tahun selepas itu, dia mula belajar cara-cara merawat lelaki mati pucuk dari arwah bapanya.
"Arwah bapa sentiasa menunjuk ajar nama jenis-jenis urat saraf, penyebab mati pucuk dan cara-cara mencegahnya, semuanya dapati difahami Abang Man dengan sempurna", katanya.
Beliau menjelaskan, penyebab orang mati pucuk berikutan darah yang mengalir melalui urat dan saraf berkenaan tidak begitu sempurna. Apatah lagi, pesakit mati pucuk itu sewaktu disunatkan dahulu tidak mengeluarkan darah. Keadaan ini amat membahayakan alat kelamin pesakit kerana sepatutnya darah tersebut dapat terus mengalir.
Contoh jelas apabila pengalaman beliau merawat seorang lelaki yang cuba membohonginya kononnya alat sulitnya itu masih berkeadaan baik. Sebaliknya, apabila beliau merawatnya didapati dengan jelas alat sulit lelaki tersebut sangat lemah. Akhirnya lelaki tersebut mengaku kerana tembelangnya cuba menyembunyikan hakikat sebenar telah diketahui. Akhirnya pesakit tersebut terpaksa dirawat dengan membebaskan darah itu selama satu minit kemudiannya dikeringkan selain beberapa urat saraf terpaksa diperbetulkan untuk mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung urat-urat saraf tersebut.
Mudim Azman menjelaskan lagi, masalah mati pucuk yang ditanggung oleh penghidapnya kerana beberapa sebab umpamanya kerana memakan ubat untuk menguatkan tenaga seks seperti "Viagra" dan ubat tahan lama, melakukan jimak ketika isteri datang haid serta individu yang sememangnya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.
Menurutnya, beliau melakukan upacara sunat dan khatan melalui kaedah moden dan bukannya secara tradisional. Malahan setakat beliau melakukan khatan tidak pernah berlaku pesakit yang datang bersunat dengannya bertempiaran lari kerana takut. Setakat ini juga pesakit yang pernah menerima rawatannya tidak pernah memberikan komen atau menunjukkan rasa tidak puas hati berhubung khidmat yang telah dicurahkannya.
Bersunat cara moden dan tradisional adalah hampir sama sahaja dan tidak betullah kalau dikatakan bersunat di hospital penyebab kepada ramai yang mengalami masalah mati pucuk. Cuma yang bezanya ialah dari segi tekniknya sahaja", katanya memperbetulkan dakwaan kononnya berkhatan di hospital penyebab mati pucuk.
"Abang Man juga banyak menerima pesakit yang bermasalah seperti masalah zakar, alat kelamin yang tidak mempunyai takuk dan adanya ketumbuhan ganjil datang berubat", ujarnya.
Mudim Azman menambah, di zaman arwah bapanya tidak mempunyai masalah sebagaimana di zaman ini. Ini kerana, setakat beliau menjadi mudim sehingga hari ini beliau kerap dikunjungi pesakit dari pelbagai golongan veteran yang alat kelaminnya tidak mempunyai takuk. Alat kelamin yang tidak mempunyai takuk kerana beberapa sebab umpamanya tidak pernah bersunat ataupun pihak mudim tidak pernah menyentuh bahagian tersebut menyebabkan kulitnya telah serasi dengan alat kelamin berkenaan.
Beliau juga banyak menerima kanak-kanak yang ingin berkhatan tetapi tidak diterima oleh pihak hospital kerana beberapa masalah tertentu. Justeru, beliau bersedia menghulurkan khidmat terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah alat kelamin pendek, alat kelamin masuk ke dalam, buta dan masalah zakar. Sebaliknya, jika golongan veteran yang mengalami masalah sedemikian dia akan menolaknya terutamanya jika masalah sejak asal lagi.
Mudim Azman turut menyentuh tentang masalah alat kelamin lelaki Melayu akan mengalami daya tahan yang agak lemah apabila usia seseorang itu telah mencecah 40 tahun ke atas ataupun 90 peratus dari kalangan mereka terdedah kepada masalah sedemikian. Maknanya, jika mereka mempunyai 4 hingga 5 orang anak, alat kelamin akan bertenaga hanya sekitar 70 hingga 80 peratus sahaja. Sebaliknya apabila diservis buat kali kedua pasti meningkat sehingga 90 peratus.
Pengalaman beliau membuat servis terutamanya bagi golongan veteran dari Bachok, Kelantan telah pulih sepenuhnya. Manakala terbaru ialah pesakitnya yang datang dari Johor telah menghabiskan sejumlah RM48,000 kerana berubat dari pelbagai bomoh untuk tujuan menambah tenaga alat kelaminnya, tetapi tidak juga berjaya. Setelah menemui beliau, pada mulanya pesakit berkenaan tidak begitu yakin dengan rawatan yang diberikan, tetapi apabila diyakinkan barulah rawatan dapat dilakukan. Akhirnya, setelah pesakit tersebut pulang ke Johor, beliau menerima panggilan yang menyatakan masalah yang dihadapinya itu telah selesai, malah beliau hanya menerima bayaran setakat RM100 sahaja.
Selain itu menurutnya, masalah kelamin lelaki bukan sahaja dialami oleh golongan Melayu semata-mata. Sebaliknya, kaum Cina dan India juga mengalami perkara yang sama. Kemampuan alat kelamin mereka bertenaga sekitar 30 hingga 40 peratus sahaja, ini berdasarkan kepada pengalamannya merawat masalah yang dihadapi oleh mereka.
Berhubung dengan rawatan sedemikian, beliau kerap dikunjungi pesakit dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari Johor, Kuantan, Kelang, Seremban, Sabah, Sarawak, Brunei dan Thailand.
"Walaupun ada yang cuba meminum air rebusan akar kayu dan tumbuhan herba, untuk memulihkan masalah lemahnya alat kelamin tidak akan mencapai tahap seratus peratus. Ini kerana, air akar kayu dan tumbuhan herba semata-mata untuk memulihkan urat saraf sahaja. Sebaliknya untuk memulihkan masalah alat kelamin ini hanya dua cara sahaja iaitu dengan membuat urutan dan 'servis", ujarnya bagi memperbetulkan tanggapan sesetengah pihak.
Dengan itu, beliau menyarankan kepada pesakit yang menghadapi masalah alat kelamin yang kurang tegang, beliau bersedia memberikan pendapat, jika perlu dirawat beliau bersedia merawatnya. Malah jika pesakit berkenaan menghidapi masalah mati pucuk asal, beliau tidak mampu untuk mengatasinya sebaliknya jika masih baru beliau boleh merawatnya dan insya Allah akan sembuh sepenuhnya.
"Maksud mati pucuk asal ialah apabila pesakit yang menghidapinya ketika zaman kanak-kanak lagi. Tetapi jika mati pucuk baru akibat tersalah makan ubat dan alahan terhadap ubat, Abang Man boleh membantu", jelasnya.
Mudim Azman juga ingin mengulangi bahawa, beliau tidak akan membantu pesakit yang menghidapi serangan darah tinggi, jantung dan kencing manis melebihi tahap 10 peratus di samping golongan telah berusia 70 tahun ke atas.
Pengalamannya merawat pesakit lelaki yang telah berusia 70 tahun ternyata mendatangkan masalah. Lelaki tersebut yang berhajat untuk memperisterikan seorang gadis berusia 23 tahun pada mulanya tidak mampu dipulihkan. Ini kerana, golongan berkenaan mempunyai struktur urat saraf yang rapuh. Jika diikat juga, struktur urat saraf tersebut akan putus dan jika tersalah langkah pesakit akan menemui maut.
Walau bagaimanapun, atas usahanya tanpa mengenal putus asa dengan niat untuk membantu, akhirnya pesakit tersebut dapat dipulihkan tetapi sememangnya bermasalah. Menurutnya, jika hari ini ada lagi yang mengharapkan bantuannya seumpama itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk menolaknya kerana tidak ingin mengambil risiko.

Mudim Mohd. Azman boleh dihubungi melalui telefon:
019-9080742 / 019-9064804
Mudim Mohd. Azman Haji Mahmood ketika ditemui Penulis.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Bagaimana boleh sy hubungi tkg urut ni?
BalasPadamAdmin tolong edit no fon 0199064804

BalasPadamBagaimana nak hubungi mudim ini..
BalasPadamEn. Zack, No. telefon ada dinyatakan di perenggan akhir rencana ini. Tetapi saya tak pasti ia boleh digunakan lagi atau tidak dan begitu juga dengan beliau kerana hal ini telah lama. En. Zack cubalah hubungi beliau.
BalasPadamTrbaik
BalasPadam