MISTERI PULAU TENGKORAK
TUMPAT, KELANTAN: PULAU TENGKORAK adalah sebuah pulau cukup misteri dan dilaporkan menjadi tempat persinggahan sekumpulan lanun pada tahun 1969 dulu. Pulau ini terletak bersempadan di antara Kelantan dengan Thailand bagi daratan sebelah sini di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang dipisahkan sebuah sungai berjarak kira-kira 200 meter.
Para penduduk dari Kampung Ketil ini memang sedia maklum tentang cerita pulau tidak berpenghuni itu, selain dikenali pulau lanun ia juga didakwa sebagai 'pulau puaka'. Berbagai cerita turut menjadi bualan beberapa penduduk dari kampung terbabit tentang keadaan pulau berbentuk buaya itu yang didakwa mempunyai penjaga dan penunggunya sebab itulah ramai yang ke sana dengan berniat serong akan mengalami beberapa perkara yang agak pelik, justeru sejak itu ramai yang seakan fobia untuk menjejakkan kaki ke pulau terbabit atas alasan diserang rasa takut.
Seorang penduduk yang ditemui Penulis, Zakaria Mamat atau Pak Ya, 43, berkata, sememangnya Pulau Tengkorak kelihatannya agak tenang tetapi kejadian yang berlaku agak tidak masuk akal, banyak misterinya yang belum terungkai.
Katanya, Pulau Tengkorak mendapat nama berikutan penemuan rangka dan tengkorak orang mati dibunuh telah dihumbankan ke pulau itu. Seorang nakhoda kapal yang merupakan Ketua Lanun dan juga raja kejam bernama Tok Sang Niaya telah membunuh sekurang-kurangnya 1,000 orang yang engkar arahannya lalu dengan kejamnya mayat itu dicampakkan ke pulau tersebut. Sehingga hari ini kebanyakan penduduk dari Kampung Geting seakan gementar apabila mendengar cerita pulau tersebut.
"Pulau Tengkorak memang agak keras dan ganjil, jika tidak berilmu tinggi tentunya tidak akan sampai ke pulau tersebut.
"Walaupun agak ganjil, penduduk kampung ini berasa yakin tentang adanya harta karun tertanam di pulau itu memang ada kebenarannya. Salah satu harta karun yang masih tidak dapat diambil sehingga kini ialah kura-kura emas", katanya ketika ditemui di gerai makanan milik kakaknya di tebing sungai kampung tersebut.
Walaupun dirinya tidak pernah membicarakan atau mengaitkan tentang hakikat dan suasana pulau misteri itu, beliau pernah mengalami mimpi sebanyak tiga kali melihat sebuah peti berwarna hitam, namun beliau tidak dapat melihat kandungan di dalam peti tersebut. Beliau yakin peti hitam sebagaimana jelmaan dalam mimpinya itu memang wujud kerana terdapat beberapa orang penduduk dari kampungnya yang pernah bermimpi perkara yang sama dan mereka yakin ada di pulau itu. Cuma kekuatan untuk mendapatkan peti hitam yang ada di pulau itu adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan.
"Pernah sewaktu ketika dulu, berlaku kematian berikutan ada kalangan penduduk dari kampung ini cuba untuk mendapatkan harta karun yang dikatakan, namun setakat ini tidak ada seorang pun penduduk dari kampung ini yang berani dan berjaya masuk ke situ setelah kejadian itu berlaku", jelasnya sambil meneguk secawan teh.
Katanya, pengalaman lain yang pernah didengari oleh Pak Ya apabila terjadi suatu peristiwa penduduk dari kampungnya pergi ke pulau itu untuk mencari lokan. Pada mulanya memanglah hasil lokan yang ditangkap agak sedikit, tetapi entah bahana apa secara tiba-tiba lokan itu semakin banyak. Kemaruk dengan hasil tangkapan yang agak luar biasa si pulan itu cuba untuk berpatah balik kerana dirasakannya semakin jauh melangkau ke tengah pulau menyebabkan laluan asalnya hilang, mangsa dikatakan tersesat di pulau itu. Namun, beliau yakin mangsa sebenarnya bukan tersesat sebaliknya kena sorok di pulau itu. Setakat ini menurut Pak Ya, beliau belum pernah menjejakkan kaki ke pulau misteri itu, bukan ingin menuding jari kepada orang lain kononnya penakut sebab beliau sendiri juga tidak berkeyakinan untuk pergi ke pulau tersebut.
Apabila ditanya adakah masa-masa tertentu wujudnya jelmaan dari pulau itu, beliau menyatakannya tidak. Bukan sahaja malam hari paling ditakuti, sebaliknya kerap berlaku di siang hari terutamanya sebelah petang sehingga Maghrib. Hal seumpama ini berlaku berikutan ketenangan penghuni ghaib di pulau itu telah diganggu sama ada penempatan dan barangan milik makhluk itu telah diceroboh atau dimusnahkan.
"Seorang remaja dari Tak Bai, Thailand bermimpi kononnya beliau mendayung perahu, apabila sampai diletakkannya perahunya di tebing sungai. Seraya turun ke dalam air, kakinya terpijak benda keras dan bulat. Apabila berasa agak aneh dengan apa yang dipijaknya itu, dipegangnya benda yang dimaksudkan. Alangkah terkejutnya, kerana apa yang dipegangnya itu adalah sebiji tengkorak manusia", ujarnya.
Sementara itu, menurut kakak Pak Ya, Mariah Mamat atau Kak Yah, 44, berkata, Tok Sang Aniaya memang seorang yang sangat kejam. Tubuhnya setinggi kira-kira empat meter di mana ketika makhluk itu sedang mencangkung hampir sama dengan seorang manusia sedang berdiri. Tok Sang Aniaya menurut Kak Yah sering tidak berbaju dengan hanya mengenakan kain yang diputar (dikilas) di sebelah rusuk sesuai sebagai nakhoda kapal lanun yang dimaksudkan. Menurut cerita yang didengarinya, Tok Sang Aniaya terdampar di pulau itu apabila kapal yang dinaikinya karam semenjak itulah Pulau Tengkorak menjadi miliknya.
"Orang-orang tua dahulu pernah bercerita, salah seorang penduduk dari kampung ini masuk ke Pulau Tengkorak untuk mencari lokan. Hairannya pada hari itu, didapati lokan semakin banyak menyebabkan dia lupa hari sudah beransur senja sehinggakan fikirannya terlupa jalan yang dilaluinya menyebabkannya tersesat.
"Dirasakannya beliau semakin jauh berjalan ke tengah pulau, lalu dilemparkan lokan itu kembali. Setelah lokan itu dicampakkan, perjalanannya tiba-tiba menjadi pendek di mana beliau betul-betul telah berada di tebing sungai", ujarnya mengingati kembali kisah yang begitu tersohor dari mulut ke mulut pada masa itu.
Katanya lagi, satu lagi kejadian yang agak pelik apabila beberapa orang remaja cuba mengambil kesempatan untuk mencuri kelapa muda di Pulau Tengkorak. Apabila mereka mendongak ke atas, mereka dapati pohon kelapa muda itu berbuah banyak. Salah seorang dari mereka memanjat dan apabila buah kelapa yang diidamkan telah diperolehi mereka menjamu bersama-sama.
"Dengan tidak disangka-sangka, mereka tidak dapat melangkah ke mana-mana kerana melihat terlalu banyak buaya telah mengepung mereka. Dalam usaha untuk mengelakkan dari dikerjakan atau menjadi mangsa reptilia terbabit mereka memanjat pohon kelapa tersebut. Setelah menjelang hari siang esoknya, apa yang mereka lihat tidak kelihatan walau seekor buaya pun di situ. Justeru, nasiblah mereka terpaksa bermalam di atas pohon kelapa", ujarnya sambil ketawa kecil.
Sambung Kak Yah lagi, suatu kejadian turut menggemparkan penduduk Kampung Ketil apabila salah seorang kanak-kanak dari kampung berkenaan yang dikatakan merajuk dan membuat perangai telah melarikan diri dari rumah lalu masuk ke Pulau Tengkorak itu. Menurut kanak-kanak itu, beliau menemui sebuah kolam agak besar dipenuhi air yang agak jernih dan bersih tanpa dicemari walau sehelai daun pun. Melihatkan suasana kolam yang agak bersih di pulau itu menyebabkannya terpesona dan kanak-kanak itu berasa agak tenteram sambil berendam di dalamnya selama tiga hari tiga malam.
"Kanak-kanak itu memang bertuah kerana dapat melihat kolam itu dengan sempurna berbanding orang lain yang tidak mempunyai pengalaman seperti itu. Ini kerana, beliau tidak cuba mengambil kesempatan membuat sesuatu angkara. Sebaliknya, sekiranya melakukan tabiat buruk di pulau itu, tentunya akan menerima natijahnya seperti tidak menemui jalan pulang (tersesat), disorok atau sebagainya", ujarnya.
Kak Yah menambah, ada seorang yang berhati mulia telah menemui tiga batang nibong emas sebaik menjejakkan kaki ke pulau itu. Walau bagaimanapun, terdapat masalah apabila nibong emas itu tidak dapat dimiliki kerana terlalu sukar untuk mencabutnya. Namun, peluangnya dapat melihat batang nibong emas itu menandakan Pulau Tengkorak memang kaya dengan peninggalan harta karun mahupun bongkah-bongkah emas milik bunian di pulau itu sememangnya wujud dan bukan sekadar cerita dongeng, cuma cara untuk memiilikinya itu atas rezeki masing-masing.
"Banyak benda berharga boleh dimiliki jika ke pulau itu, namun setakat ini tidak ada pihak yang dapat berbuat apa-apa. Ini kerana, Pulau Tengkorak memang tempat keras. Jika Allah izin, dapatlah sesuatu yang berharga dari pulau itu walaupun dikatakan agak keras dan menakutkan", katanya.
Menurut Kak Yah lagi, kejadian pada tahun 1969 memang tidak dapat dilupakannya apabila seekor buaya putih masuk ke pulau tersebut. Kejadian berkenaan berlaku selepas banjir besar pada tahun 1967, seekor buaya yang entah dari mana datangnya didapati terdampar di pulau tersebut. Sehingga hari ini, tidak pernah berlaku banjir di pulau terbabit.
Setakat ini menurut Kak Yah, belum lagi berlaku sebarang gangguan terhadap penduduk Kampung Ketil itu. Tetapi jika kita berniat ke pulau tersebut secara suka-suka pasti menerima masalah sama ada diganggu ataupun disorok. Munculnya pelbagai jelmaan dan bunyi suara haiwan buas sebagai petanda untuk memberikan gambaran, penempatan makhluk halus di situ telah diganggu.
"Contohnya, pernah anak saudara Kak Yah yang sedang hamil masuk ke pulau itu untuk mencari lokan, tiba-tiba didapati kakinya bengkak agak luar biasa. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital, namun doktor kata tidak ada penyakit.
"Kerana tidak puas hati dengan jawapan tersebut, beliau berubat secara kampung dengan Pengamal Rawatan Tradisional. Katanya, anak saudara Kak Yah itu sengaja cari pasal masuk ke pulau tersebut. Kerana terasa sesuatu yang pelik, anak saudara Kak Yah mencampakkan kembali lokan ke pulau itu, secara tiba-tiba penyakit yang dialaminya itu sembuh serta merta", ujar Kak Yah lagi.
Sementara itu, terdapat kumpulan remaja seramai tujuh orang sedang berperahu ke Pulau Tengkorak dengan harapan untuk mendapatkan emas yang didakwa wujud di pulau tersebut. Namun, dengan tidak disangka-sangka, perahu yang didayung mereka diserang ribut yang agak dahsyat menyebabkan perahu yang mereka naiki itu hanyut. Salah seorang dari mereka diserang sakit yang datang secara tiba-tiba menyebabkannya meninggal dunia pada ketika itu juga. Sebab-sebab meninggal hanya Allah jua yang mengetahuinya.
"Bagi Kak Yah bukan mahu percaya makhluk itu hebat, tapi kalau ada niat buruk seseorang ke atas pulau tersebut, lambat laun akan terima akibatnya. Buktinya, pernah suatu masa ada pihak-pihak cuba masuk ke pulau itu untuk membuat kajian dengan tujuan membina sebuah pusat peranginan, akhirnya terpaksa dibatalkan kerana diserang rasa takut", ujarnya.
Seorang lagi penduduk tempatan yang ditemui Penulis, Wan Zainab binti Wan Hassan, 38, berkata, bertahun-tahun beliau menderita sakit kemudiannya beliau kembali sembuh. Setelah sembuh dari penyakit ganjil, secara tidak diduga beliau boleh mengubati orang yang memerlukan rawatan, namun selepas itu beliau menderita sakit sebagaimana sebelumnya. Ketika beliau menderita sakit yang amat sangat itulah, pada setiap malam beliau sering terdengar suara perempuan yang memanggil-manggil namanya. Beliau agak suara tersebut tentunya datang dari pulau berkenaan. Pada suatu malam, beliau bermimpi namanya dipanggil seperti malam-malam sebelumnya sehingga beliau dapat melihat perempuan berpakaian selindang seperti tujuh beradik, beliau agak tentunya puteri bunian dari Pulau Tengkorak itu.
Selepas itu, beliau bermimpi melihat seekor harimau besar, ular, gajah, beruk dan akhir sekali seorang wanita tua yang dikatakan penjaga pulau itu sering dialaminya. Peliknya dalam mimpinya itu, beliau diminta tidak melarikan diri apabila bertembung dengan gajah, ular dan beruk itu.
"Sudah berpuluh bomoh datang ke pulau itu apabila terdengar suara gajah, harimau dan binatang buas lain di pulau itu, akhirnya mereka melarikan diri. Ada juga yang terkejut dengan deruman suara binatang menakutkan itu boleh memanjat sebatang pohon kelapa yang agak tinggi di pulau itu", ujar Wan Zainab sambil ketawa kecil mengingatkan peristiwa itu agak lucu baginya.
Katanya, beliau mengetahui cerita Pulau Tengkorak daripada arwah bapanya yang mendakwa pulau itu adalah tempat persinggahan kumpulan lanun terbabit untuk menyembunyikan harta karun yang dirampas dan dirompak. Menurutnya, agak ramai penduduk kampungnya yang telah menjejakkan kaki ke pulau itu menemui barangan bernilai termasuklah emas di beberapa tempat di pulau terbabit.
Contohnya, salah seorang penduduk dikenali Kak Yam pernah menemui wang dinar dari dalam guri, di mana wang tersebut boleh digantungkan di leher. Namun, paling banyak kali beliau dengar apabila ramai yang menjejakkan kaki ke Pulau Tengkorak selepas itu laluannya itu tidak kelihatan menyebabkan mereka tersesat dan tidak menemui jalan pulang.

Zakaria Mamat atau Pak Ya.
Mariah Mamat atau Kak Yah ketika ditemubual Wartawan RELATIF di gerai makanan miliknya.
Pulau Tengkorak kelihatan tenang tetapi penuh misteri.
Teks dan Foto:
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
myherb2u
BalasPadamBagaimana kalau kita pergi
BalasPadamPulau Tengkorak ini letaknya di Kg. Ketil, antara Kg. Genting sebelum Pejabat Kastam Pengkalan Kubor. Dalam masa berkereta, cuba pandang ke arah laut. Pulau ini letaknya di tengah laut. Untuk ke pulau kena naik perahu berinjin (perahu tambang).
BalasPadam