RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Selasa, 6 Disember 2011

Misteri Nahas Maut


MISTERI NAHAS MAUT

PASIR MAS, KELANTAN:  KEMALANGAN maut adalah suatu tragedi. Namun, nahas yang melibatkan kematian kebanyakannya akan menjadikan kawasan terbabit ditakuti orang. Ini kerana, pengalaman beberapa mangsa yang terkena usik sama ada diganggu suara mengilai, menjerit dan menangis malah kadang-kadang diganggu jelmaan lembaga yang menakutkan turut menjadi igauan tidur sesetengah mangsa.

Kejadian sedemikian bukan cerita dongeng, namun nahas ngeri apabila mangsa digilis sebuah lori projek pernah berlaku pada bulan Ogos 2009 di kawasan dikenali sebagai kubur bongor di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas dekat sini sememangnya menakutkan orang ramai khususnya di kalangan kanak-kanak yang turut disakat lembaga perempuan mangsa nahas tersebut.

Ketika menceritakan kejadian itu kepada Wartawan RELATIF, Mohd. Khairi Anuar, 16, dari kampung terbabit tidak menafikan akibat nahas ngeri hari tersebut menyebabkan kanak-kanak di kampungnya seolah-olah fobia dengan peristiwa itu apabila salah seorang mangsa pembonceng motosikal digilis sebuah lori projek yang sarat dengan muatan batu-batu kuari akhirnya meninggal di tempat kejadian.

"Kejadian nahas berlaku sewaktu dua pelajar perempuan menunggang motosikal untuk ke sekolah. Ketika mereka membelok setelah tiba di selekoh ladam kuda itu, sebuah lori projek merempuh mereka dengan kuat", ujarnya.

Katanya, kedua-dua pelajar perempuan itu adalh pelajar Tingkatan Empat sekolah berdekatan. Mereka sering ke sekolah bersama-sama dalam sessi petang. Bermulanya kejadian itu menurut Mohd. Khairi, mangsa menunggang motosikalnya dari arah rumah dan apabila sampai di kawasan jalan ladam kuda itu mangsa kemudiannya membelokkan motosikalnya. Dengan tidak diduga sebuah lori projek yang penuh dengan muatan batu-batu kuari tiba-tiba merempuh mereka dengan pantas. Kejadian nahas itu pula berlaku berhampiran dengan tempat projek pembinaan jalan di kampung terbabit.

Tambah Mohd. Khairi lagi, simpang jalan raya yang dikenali ladam kuda itu keadaannya agak sempit, semestinya pemandu-pemandu kenderaan yang melalui kawasan itu sepatutnya memandu secara perlahan dan berhati-hati. Beliau agak, disebabkan pemandu lori itu tidak menyedari ada lagi pengguna jalan raya lain sedang melaluinya apatah lagi disebabkan muatan lori agak padat dengan batu-batu kuari menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak kerana terlalu terkejut, akhirnya mangsa yang hanya berkenderaan kecil menerima natijahnya.

Akibat dirempuh dengan kuat, kedua-dua mangsa terpelanting. Penunggang motosikal itu juga turut tercampak ke sebuah pagar buluh berdekatan dengan kebun tanaman berhampiran semak itu hanya sekadar mengalami cedera ringan dan luka-luka sahaja. Namun, keadaan pemboncengnya agak ngeri apabila terperosok ke bawah perut lori terbabit menyebabkan tayar belakang kenderaan berat itu telah menggilis sebahagian tubuh mangsa dan menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian ketika itu juga.

"Selepas kejadian, mangsa dibawa ke hospital dan kemudiannya dituntut oleh pihak keluarga. Namun, selepas seminggu kejadian nahas ngeri itu, orang-orang kampung mula bimbang, apatah lagi dengan kanak-kanak mula terasa seram sejuk apabila menjelang waktu tengah malam", terang Mohd. Khairi.

Menurutnya, selepas jam 12.00 tengah malam, pengguna jalan raya yang melewati kawasan nahas itu dengan menunggang motosikal secara bersendirian akan sering terdengar dengan jelas seperti suara perempuan sedang menangis. Manakala pengalaman seorang warga emas yang pernah memandu kenderaannya di kawasan terlibat memberitahu, tayar keretanya seolah-olah terpijak suatu objek yang agak keras seperti ketulan batu dan selepas itu berlaku hentakan yang agak kasar terhadap keretanya itu, namun apabila beliau mengundurkan kenderaannya untuk melihat secara lebih dekat objek apakah yang dipijak dan dilanggarnya didapati tidak ada sesuatu yang merintangi atau menghalang laluannya sehingga terasa sesuatu digilis tayar keretanya itu.

Sejak kejadian itu, Mohd. Khairi berkata timbul berbagai reaksi terutamanya di kalangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang mengetahui sesuatu yang bakal berlaku setiap kali selepas nahas pastinya akan sentiasa berhati-hati dan tentunya tidak akan melalui kawasan itu lagi. Sebaliknya bagi kanak-kanak yang tidak ambil kisah dengan kejadian berkenaan akan sering menggunakan laluan itu sebagai laluan alternatif yang paling hampir untuk ke kampung bersebelahan. Kanak-kanak inilah yang menceritakan kepadanya bahawa, mereka mengalami pengalaman yang agak menyeramkan bulu roma kerana diusik lembaga bersuara perempuan yang tidak kelihatan rupa parasnya apabila mereka melalui kawasan terbabit.

Setelah mengalami pengalaman diusik lembaga bersuara menakutkan itu, menyebabkan lapan kanak-kanak yang menjadi mangsa usikan itu sering dalam ketakutan kerana itulah pengalaman pertama mereka disakat walaupun sebelum ini mereka tidak ambil kisah sangat kononnya tidak apa-apa yang perlu ditakutkan. Jadi, sikap tidak ambil peduli kanak-kanak yang menjadi mangsa usikan itu sebenarnya menyusahkan mereka sendiri dan pengalaman itulah yang mendorong mereka sentiasa berhati-hati.

Justeru sejak hari itu, apabila kanak-kanak berkenaan ingin ke kampung bersebelahan terutamanya pada malam hari mereka akan melalui jalan yang lain kecuali di sebelah siang hari walaupun berkeadaan biasa dan tiada lagi rasa takut kawasan berkenaan agak lengang kerana dijarang dilalui tidak sebagaimana sebelumnya.


Mohd. Khairi Anuar.

Mohd. Khairi Anuar ketika diwawancara Wartawan RELATIF di rumahnya.

Kawasan Nahas: Dua pelajar perempuan dirempuh lori projek.

Di pagar inilah penunggang motosikal itu terpelanting.

Di sinilah pembonceng motosikal (mangsa) digilis lori projek dan meninggal di tempat kejadian.

 Berhampiran semak inilah suara perempuan sedang menangis selepas jam 12.30 malam.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan