RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-1.blogspot.com

Sabtu, 17 Disember 2011

Misteri Nenek Langsuir


MISTERI NENEK LANGSUIR

WAKAF BAHARU, KELANTAN TERLONTARNYA Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa ke dunia yang ketika itu masih bersenang-lenang di syurga kerana mengingkari perintah Allah S.W.T, apabila tanpa disedari oleh Hawa bahawa buah khuldi adalah buah yang dilarang oleh Allah yang sepatutnya tidak dimakan olehnya. Punca kedua-dua penghuni syurga itu mengingkari perintah Allah S.W.T  hanya berdasarkan satu sebab iaitu hasutan dan bisikan daripada iblis dan kuncu-kuncunya yang terdiri daripada syaitan laknatullah. Malah iblis telah berjanji kepada Allah untuk tidak menyembah-Nya dan akan menyesatkan umat manusia hingga hari kiamat.

Maka tidak hairanlah apabila banyak kejadian seperti rogol, penzinaan, pembunuhan dan bermacam-macam lagi kejadian lain yang berlaku akhir-akhir ini berpunca dari hasutan dan dakyah dari iblis dan syaitan yang berjaya mempengaruhi manusia yang lemah imannya.

Hal sedemikian bukanlah sekadar dalam sejarah semata-mata kerana bukti ketara yang dpat dilihat telah berlaku pada akhir bulan Julai 2006, apabila berlaku pembunuhan kejam di antara dua sahabat karib berdekatan Pasar Wakaf Baharu dekat sini.

Membongkar kejadian tragis dan misteri tersebut kepada Wartawan RELATIF, seorang Pengamal Rawatan Tradisional dan Ilmu Ghaib, Darus Mootalu, 40, yang berasal dari Sulawesi, Indonesia menceritakan pengalaman tersebut.

Katanya, beliau mendapat tahu punca kejadian itu berlaku sewaktu berdialog dengan dua makhluk halus berpasangan yang dikenali sebagai 'langsuir'. Kedua-dua langsuir itu adalah perempuan di mana salah satunya adalah sebagai 'pak turut' kepada satu lagi langsuir yang dianggap oleh Darus sebagai nenek di mana sebelah mukanya berwajah cantik dan sebelah lagi kelihatan hodoh dan hitam.

Punca kejadian itu berlaku adalah dari hasutan suara ghaib dari nenek langsuir tersebut yang dianggap Darus terlalu hebat apabila berjaya menghasut mangsanya untuk melakukan pembunuhan tanpa alasan. Namun, bukan itu sahaja perbuatan yang diakibatkan oleh nenek langsuir itu. Banyak lagi kes-kes kemalangan yang berlaku di persekitarannya termasuk di simpang Wakaf Baharu.

Cerita berkenaan bukan rekaan, sebaliknya hasil dialog itu beliau dapat membongkar bahawa kawasan tersebut merupakan laluan nenek langsuir itu kerana terdapat begitu banyak ilmu hitam dan kejadian menyantau orang lain atas tujuan jahat wujud di kawaan itu.

"Nenek langsuir cakap, kawasan Wakaf Baharu ini adalah laluannya. Di sini banyak sekali ilmu hitam. Malah sudah banyak yang saya tangkap", ujarnya yang menceritakan pengalamannya menangkap makhluk halus yang disantau oleh seseorang kepada orang lain.

Tambah Darus lagi, sewaktu beliau ingin menangkap nenek langsuir itu, makhluk itu menjelmakan dirinya dalam bentuk asap yang datang dari arah belakang sebuah klinik swasta di hadapan pasar tersebut. Walau bagaimanapun, usaha beliau untuk menangkap makhluk tersebut menemui kesukaran kerana ia bercampur dengan angin. Disebabkan tidak ingin dilihat oleh orang ramai yang mungkin akan menimbulkan suasana kelam kabut, maka beliau meminta makhluk tersebut masuk ke dalam rumahnya dan kemunculan asap itu dapat dilihat kira-kira jam 12.00 malam.

Namun dalam beberapa saat kemudian, asap itu tiba-tiba hilang dan bertukar menjadi satu lembaga perempuan yang hodoh dan menakutkan. Lembaga itu memiliki rambut yang panjang sehingga mencecah lantai, bertaring yang agak panjang dan tidak kelihatan kaki sebagaimana manusia yang memijak daratan.

Lembaga itu semakin berani mencabar kemampuan Darus untuk memasukkannya ke dalam botol. Namun, dengan syarat makhluk itu ingin menyakat anak dan isterinya dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol yang telah sedia.

Tetapi menurut Darus Mootalu, manusia lebih pintar dari makhluk halus yang bodoh itu kerana sebelum nenek langsuir itu  ingin memulakan tugasnya untuk menyakat anak dan isterinya, beliau terlebih dahulu bertindak awal dengan melakukan zikir sehingga nenek langsuir itu mengaku kalah dan terus masuk ke dalam botol yang telah disediakan.

Hasil komunikasi dan pertarungan saraf yang berlangsung sehingga jam 2.00 pagi itu, lembaga tersebut berjaya ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol sebelum bertukar menjadi asap.

Pengalaman yang dilalui pada malam itu membuatkan dia langsung tidak dapat melelapkan matanya sehingga sehingga jam 8.00 pagi. Ternyata tiada kuasa lain yang mampu menandingi kekuasaan Allah Yang Maha Esa.

Darus Mootalu.

Darus Mootalu ketika diwawancara Wartawan RELATIF.

Arah kepulan asap misteri terbang di belakang sebuah klinik swasta.

Kepulan asap itu tiba-tiba berhenti dan berkumpul di sini.


Kepulan asap misteri dikatakan 'nenek langsuir' masuk sendiri ke dalam botol yang disediakan Darus Mootalu.

Di sinilah dikatakan tempat pembunuhan ngeri dan sering berlaku nahas jalan raya akibat gangguan nenek langsuir itu.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan