JUAL AKAR KAYU
MACHANG, KELANTAN: BANDAR Machang dalam tahun-tahun 1960 hingga 1980 dulu sering menjadi tumpuan penjual ubat-ubatan tradisional seperti akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan herba lainnya yang datang dari seluruh pelosok negeri Kelantan. Namun, suasana ketika itu tidak lagi wujud pada hari ini kerana kebanyakan dari mereka telah berpindah tempat dan ada di antaranya yang telah meninggal dunia.
Walau bagaimanapun percayalah, generasi yang memiliki ilmu khasiat herba sedemikian masih lagi meneruskan kehidupan sebagai mewarisi turun-temurun ahli keluarganya. Salah seorang dimaksudkan yang sempat ditemui Wartawan RELATIF, Abdul Karim bin Dara, 68, atau lebih selesa dikenali sebagai Pak Karim yang kini giat menjual tumbuhan herba dan akar-akar kayu di Pasar Besar Machang, Kelantan.
Katanya, beliau memperolehi ilmu mengenali jenis-jenis akar kayu, cara memberikan rawatan sekaligus menjual tumbuh-tumbuhan herba itu dengan mempelajari dari ibunya ketika berusia 17 tahun. Ini berdasarkan kepada minatnya yang begitu mendalam sejak dari zaman kanak-kanaknya lagi apabila sering melihat ibunya menggunakan kaedah akar-akar kayu bermula daripada memilih jenis-jenis akar kayu, mencampurkannya sehingga proses merebus atau memasaknya untuk mengubati dan memberikan rawatan kepada setiap pesakit.
Jelas ilmu yang diperturunkan oleh ibunya itu tidak dipersia-siakannya kerana selain memberikan rawatan berasaskan akar kayu, beliau juga turut menjual tumbuh-tumbuhan herba itu atas permintaan masyarakat setempat. Beliau mengusahakan akar-akar kayu di Pasar Besar Machang bermula pada tahun 1978 lagi dan kini telah lebih 30 tahun beliau mengusahakannya di situ.
"Pada tahun-tahun 1970, pakcik banyak menghabiskan masa mencari akar-akar kayu di hutan dan bukit-bukit. Manakala menjualnya pula hanya ala kadar saja", jelasnya sewaktu ditemui di Pasar Besar Machang, Kelantan.
Disebabkan faktor usia itulah, aktiviti mencari akar kayu terpaksa dihentikan dan tumpuan utamanya ialah menjual tumbuhan herba itu sehingga sekarang. Jadi, kebanyakan bekalan akar-akar kayu diperolehinya dengan memberi upah pencari akar-akar kayu yang sering masuk ke dalam hutan dan bukit-bukau di negeri ini. Padanya juga, mengusahakan jualan akar kayu lebih mudah bukan sahaja minatnya sejak dulu, namun hakikat yang sebenarnya beliau tidak begitu mahir untuk melakukan kerja-kerja lain.
Kebanyakan akar-akar kayu yang dijualnya adalah yang asli dan dipilih dengan teliti supaya pesakit yang membelinya berpuas hati untuk mendapatkan kemujarabannya. Di antara akar-akar kayu yang dijualnya boleh mengubati pelbagai jenis penyakit seperti batuk, masalah urat saraf, bersalin, masalah angin dalam badan, buasir, kencing manis, resdung, darah tinggi dan lain-lain lagi. Bahkan ada juga akar kayu yang boleh mengubati penyakit jantung, namun jarang diketahui oleh kebanyakan orang ramai. Sebaliknya, jika ada pesakit jantung boleh datang menemui beliau untuk mencubanya terlebih dahulu bagi mengetahui keberkesanannya terhadap penyakit itu kerana setakat ini ubatan berkenaan belum pernah dicuba lagi.
"Kebanyakan sebutan akar kayu dari Kemboja dengan Kelantan amat berbeza. Misalnya "Tongkat Ali", di Kelantan dipanggil Tunjang Bumi manakala di Pahang pula disebut Pasak Bumi. Jika di Kemboja disebut "Tinjol Bomi'. Akar kayu yang sama tetapi berbeza dari segi sebutan.
"Pakcik menjual akar-akar kayu ini menurut kehendak pelanggan. Ada yang beli RM3, RM5 tetapi paling banyak RM10 pun ada. Tak perlulah guna alat timbang tetapi sekadar 'jemput-jemput' saja", tambahnya sambil menunjukkan gaya 'jemput-jemput' apabila ditanya tentang cara beliau menjual tumbuhan herba berkenaan setiap kali diminta oleh pelanggan yang datang ke kedainya.
Menurut Pak Karim lagi, jika ada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan berasaskan akar-akar kayunya itu, beliau akan memeriksa jenis-jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit terlebih dahulu sebelum menyarankan tumbuhan herba manakah lebih serasi dengan penyakit yang dihidapi. Misalnya jika berpenyakit buasir, penyakit ini ada dua jenis sama ada buasir yang menyebabkan bengkak dan darah keluar, jadi beliau akan memberikan akar-akar kayu yang berkaitan dengan penyakit itu sahaja dengan cara merebusnya untuk diminum oleh pesakit.
Suatu hal lagi menurutnya yang sering dialami oleh pesakit dewasa ini ialah masalah batuk. Batuk juga ada dua jenis sama ada jenis tibi dan disebabkan demam panas. Walaupun dikatakan batuk, ubatan yang diberikan kepada pesakit berbeza. Ini kerana, tidak akan sembuh jika batuk disebabkan demam panas diberikan kepada pesakit batuk tibi. Lantaran itu, pesakit tidak perlu bimbang tentang pemberian ubat-ubatan berkenaan kerana penyakit akan cepat sembuh berdasarkan kepada kesesuaian ubat-ubatan akar kayu yang disarankannya.
"Kebanyakan pesakit yang datang menemui pakcik kerana masalah urat saraf sama ada saraf rosak, bengkak atau terseliuh. Jadi, pakcik mengesyorkan supaya akar-akar kayu dicampurkan untuk menambahkan lagi khasiat yang sedia ada agar lebih mujarab", ujarnya.
Walau bagaimanapun menurutnya, saranan rawatan berasaskan kepada amalan meminum air dari tumbuhan herba itu adalah sebagai ikhtiar semata-mata dan tidak lebih dari itu. Oleh kerana penyakit itu datang daripada Allah, jika amalan meminum air dari akar-akar kayu berkenaan bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi dan Allah mengizinkannya untuk sembuh, maka penyakit berkenaan pasti sembuh. Ini bermakna, baik atau tidak semuanya dari Allah, sebagai manusia beliau hanya berikhtiar untuk menolong insan yang memerlukan khidmatnya.
Pak Karim juga turut menyarankan bahawa, untuk mengekalkan khasiat yang ada dalam tumbuhan herba dan terus berkekalan apabila merebus ialah akar-akar kayu itu perlu dimasak dalam periuk yang dibuat dari tanah liat bukannya periuk dari keluli. Walaupun cara memasaknya agak sama, segala zat dan khasiatnya adalah berbeza. Jika dimasak dalam periuk yang dibuat dengan keluli, segala zat dan khasiatnya tidak akan berkekalan sebaliknya akan berkurangan kerana khasiatnya itu diserap keluli berkenaan.
"Orang tak biasa dengar jika periuk dibuat dari tempurung kelapa. Tetapi perlu diingatkan, merebus akar kayu dalam tempurung kelapa juga lebih baik dari periuk tanah liat", ujarnya.
Begitu juga dengan amalan meminum air rebusan akar kayu juga perlulah mengikut pesanan orang-orang tua dahulu. Ini kerana, orang-orang tua dahulu jarang mendapat sakit malah masih ada yang kekal sehingga ke usia 100 tahun kerana sering mengamalkan meminum air rebusan akar-akar kayu yang dibuat dari tanah liat atau tempurung kelapa. Berbanding dewasa ini yang menggunakan cawan atau gelas yang dibuat dari keluli dan plastik sebenarnya lebih banyak mengundang penyakit dari bersifat sembuh.
"Memanglah, orang-orang tua zaman dulu mereka mengamalkan meminum air dari akar-akar kayu menggunakan gelas yang dibuat dari tanah dan kadang-kadang dengan tempurung kelapa supaya lebih mujarab. Mendengarnya agak meloyakan, tetapi sebenarnya bahan-bahan itu berunsur perubatan. Manusia berasal dari tanah, maka dari tanah juga boleh menyembuhkan penyakit dalam badan manusia", ujarnya panjang dan penuh semangat.
Pak Karim juga banyak menerima pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis yang berharap supaya sembuh dengan segera setelah meminum air rebusan akar kayu yang dibeli di kedainya. Sedangkan penyakit kronik memang sukar dirawat apatah lagi untuk cepat sembuh. Ini kerana menurutnya, ubat kencing manis perlu diminum dalam tempoh yang agak panjang sampai berbulan-bulan lamanya, namun paling penting ialah pesakit perlu sentiasa mematuhi dua perkara penting iaitu dengan berpantang dan jangan serik untuk memakan ubat.
"Amalan pantang dan memakan ubat adalah penting. Akan menjadi sia-sia jika rajin makan ubat namun berpantangnya tidak.
"Contohnya jika kita alahan kepada makanan seafood yang menyebabkan gatal-gatal kulit seperti kerang, udang, sotong dan sebagainya. Sekalipun kerap ke hospital dan memakan ubat mengikut arahan doktor, penyakit itu tidak akan sembuh jika tidak berpantang. Jadi, jika mahu cepat sembuh, elakkan memakan makanan itu", ujarnya.
Dalam konteks kencing manis ini pula menurut Pak Karim lagi, untuk mengelakkan atau supaya penyakit kencing manis cepat sembuh adalah wajar mengurangkan pengambilan susu dan gula yang boleh menyebabkan darah menjadi manis. Jika boleh meneruskan memakan ubat dan dalam masa yang sama dapat mengawal pengambilan makanan dan minuman yang manis itu lebih baik lagi.
Pak Karim juga turut memberikan tips dan kaedah meminum air rebusan akar kayu dengan betul. Dalam sebungkus akar-akar kayu itu boleh direbus sebanyak enam kali sahaja dan selepas kadar kemujarabannya akan berkurangan. Bahkan akar-akar kayu itu juga perlu direbus setiap hari dan perlu diminum sebanyak tiga kali sehari dalam kuantiti tiga cawan setiap kali diminum menurut amalan orang-orang Melayu zaman lampau umpamanya waktu pagi, petang dan malam.
Dalam pada itu menurut Pak Karim, salah tanggapan di kalangan segelintir masyarakat Melayu tentang kaedah meminum air rebusan akar-akar kayu juga penyebab kepada timbulnya sesuatu yang tidak diingini. Keadaan ini menurutnya, ada sesetengah pesakit yang meminum segelas besar air rebusan akar kayu kononnya dengan cara itu akan menambahkan khasiat untuk melawan penyakit serta cepat sembuh.
"Meminum air dalam jumlah itu tidak mengapa jika ubat itu bersifat sejuk. Tetapi jika ubat itu bersifat panas seperti Tongkat Ali akan menyebabkan pening kepala. Jika berlaku hal seumpama ini, bukanlah salah ubat itu tetapi yang salahnya pesakit itu sendiri", katanya.
Pengalaman Pak Karim dengan seorang wanita yang datang ke kedainya membeli akar kayu Tongkat Ali untuk tujuan mengubati darah tinggi kononnya diberitahu oleh seorang individu bahawa tumbuhan herba berkenaan boleh mengubati penyakit darah tinggi. Pada mulanya Pak Karim tidaklah bertanya untuk tujuan apa wanita berkenaan membeli tumbuhan herba itu, tetapi setelah diketahui wanita berkenaan pening dan jatuh tersungkur disebabkan badannya terlalu panas kerana dos berlebihan. Selepas peristiwa itu beliau mula berhati-hati untuk tidak menjualnya kepada yang tidak berkenaan supaya tidak ingin lagi dialami oleh orang lain.
"Akar kayu ini sama ubat dari klinik atau hospital. Contohnya bagi seseorang yang sukar tidur, jika arahan doktor makan ubat tidur hanya sebiji saja janganlah makan sampai empat biji akan menyebabkan tidur terus", jelasnya sambil ketawa terkekeh-kekeh.
Satu lagi pengalaman Pak Karim yang tidak dapat dilupakannya ialah apabila dikunjungi seorang lelaki untuk membeli ubat kencing manis. Melihatkan keadaannya, Pak Karim enggan menjual akar kayu yang berkaitan kerana bimbang lelaki tersebut tersilap menggunakannya apatah lagi beliau sendiri tidak yakin akan sembuh sepenuhnya. Namun, lelaki berkenaan ingin mencubanya juga kerana didapati kakinya telah berulat dan beliau sebenarnya takut kakinya itu dipotong. Walau bagaimanapun, berkat sering mengamalkan meminum air rebusan tumbuhan herba yang dimaksudkan itu, beliau dimaklumkan oleh lelaki berkenaan bahawa kakinya tidak lagi berulat malah telah kering dan sembuh sepenuhnya.
Pak Karim juga sempat mengimbau kenangan ibunya yang diserang sakit perut ketika beliau masih kanak-kanak lagi. Untuk bergegas ke hospital terlalu jauh dari kediaman apatah lagi ketika itu tiada pengangkutan yang boleh membawa kereka ke sana. Justeru, terpaksalah ibunya merawat sakit perutnya itu sendiri dengan mengambil tujuh helai pucuk jambu batu lalu direbus sebanyak tiga cawan, tetapi diambil satu cawan sahaja untuk diminum sebagai ubat. Dengan kehendak Allah, sakit perut ibunya itu sembuh dengan segera. Penyebab sakit perutnya sembuh kerana daun jambu batu rasanya pahit, kelat dan bersifat sejuk. Manakala sakit perut itu bersifat panas, justeru sesuailah penyakit itu sembuh dengan segera kerana rawatan tadi tumbuhan herba perlu ada kedua-dua unsur berlawanan untuk mendapatkan tindakan sewajarnya terhadap penyakit.
"Misalnya demam panas juga boleh disembuhkan dengan meramas bunga raya bersama daunnya sekali sama ada berwarna putih atau merah, kemudian sapukan di tempat terasa panas tadi. Jika didapati kering sapulah lagi, nescaya bahang panas dan pening-pening akan hilang", ujar Pak Karim menambah.
Sehubungan itu, Pak Karim juga turut berpesan kepada orang ramai bahawa, jika rawatan moden didapati tidak sembuh, cuba berikhtiarlah dengan cara tradisional pula. Ini kerana menurutnya, sebagai manusia yang berakal kita perlu berfikir jangan menganggap perubatan moden saja yang sesuai tetapi rawatan tradisional yang berasaskan tumbuhan herba tidak baik. Ini kerana, sembuh atau tidak penyakit yang dihidapi itu bukannya terletak di tangan manusia tetapi daripada Allah jua.
Umpama memakan ubat juga, jika ubat itu tidak menyembuhkan penyakit yang dideritai cubalah ubat yang lain pula. Namun bagi Pak Karim, satu hal yang ingin diulangi pesanan itu ialah di samping makan ubat cubalah mengamalkan pantangnya sekali, barulah penyakit yang dihidapi cepat sembuh dengan sempurna.

Abdul Karim bin Dara atau Pak Karim ketika diwawancara Wartawan RELATIF di gerai herbanya.
Beberapa jenis akar kayu siap dipotong untuk dijual kepada pelanggan.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan