MISTERI IKAN ANEH
KOTA BHARU, KELANTAN: SALAH satu sifat makhluk halus yang sering ditakuti manusia selain menyakat dan merasuk ialah menjelmakan dirinya dalam pelbagai bentuk dan rupa. Hanya individu yang keras semangatnya sahaja yang tahan dan bagi penakut, sudah tentu perkara utama yang dilakukan apabila terserempak dengan makhluk sedemikian ialah lari.
Istilah 'lari' bukanlah ditakrifkan sebagai anak jantan sebagaimana yang disuarakan oleh Mohd. Jamal Ismail, 55, atau dikenali Pak Man dari Kampung Pulong, Kubang Kerian dekat sini ketika ditemui Wartawan RELATIF di halaman rumahnya. Menurutnya, istilah lari tidak ada dalam kamus Pak Man kerana jelmaan makhluk halus dalam rupa haiwan sering kali dilihat dan dialami oleh beliau.
Katanya, Kampung Pulong selain terletak di Kubang Kerian, tiada siapa menduga di pinggirnya terdapat sebuah kolam, sungai dan sawah padi yang terletak di kawasan yang sama. Di waktu siang hari di kawasan sungai dan sawah padi itu adalah laluan paling singkat bagi penduduk tempatan untuk ke kampung lain dan begitulah sebaliknya, merupakan pemandangan biasa sahaja. Tetapi apabila menjelang malam, individu yang belum biasa menggunakan laluan itu akan berasa seram dan kecut perut.
Bagi sesetengah individu mungkin tidak pernah mengalami sebarang pengalaman pelik ketika menggunakan laluan berkenaan. Namun, bagi Pak Man di zaman remajanya sering terserempak dengan jelmaan lembaga seumpama itu untuk menunjukkan makhluk halus memang mendiami di kawasan terpencil itu.
Pengalaman misteri Pak Man di zaman remajanya di mana ketika itu beliau berusia 15 tahun malah masih menuntut dalam Tingkatan Tiga memang telah sedia maklum bahawa di kawasan yang dimaksudkan itu terdapat sebuah kolam yang agak luar biasa. Walaupun air dari kolam itu disedut tiga buah enjin, namun masih juga belum kering. Di dalam kolam itu juga dikatakan terdapat ikan jelmaan, kononnya menurut cerita orang-orang tua dahulu menyatakan di dasar kolam itu terdapat sebuah 'batu hampar' yang boleh menakung air bahkan terdapat juga pancutan mata air sebesar tong drum yang menyebabkan air dari kolam berkenaan tidak pernah kering walaupun musim kemarau panjang menyebabkan penduduk di kampung itu pada mulanya agak hairan dengan kejadian sedemikian.
Pada malam itu, beliau bersama-sama remaja lain tidak melepaskan peluang untuk menangguk ikan yang ada dalam kolam di mana di kiri dan kanannya dikelilingi pohon sagu. Memang benar, apabila suluhan lampu picit dan pelita minyak tanah ke arah kolam itu, didapati sekumpulan ikan berenang ke sana ke mari kerana pening dengan kilauan cahaya lampu dan pelita ayam. Disebabkan teruja dengan banyaknya ikan yang menghuni di kolam berkenaan, masing-masing tidak sabar untuk mendapatkannya kerana itulah peluang terbaik untuk menangkap ikan yang dalam keadaan kebingungan.
Walau bagaimanapun, usaha menangkap ikan di kolam itu terpaksa dihentikan apabila air melimpah dengan cepat. Seorang warga emas yang turut bersama-sama dengan sekumpulan remaja untuk menangkap ikan itu menjerit sekuat hati supaya masing-masing melompat ke atas tebing kerana air semakin dalam. Hairan dengan kejadian air pasang secara tiba-tiba itu, masing-masing melompat ke atas tebing untuk menyelamatkan diri.
Menurut Pak Man, kejadian air pasang secara tiba-tiba itu berlaku berikutan 'hujan barat'. Justeru, apabila air pasang masuk ke sawah padi menyebabkan ikan-ikan lain keluar dari lubuk masing-masing. Apabila ikan-ikan berkenaan keluar berenang mengikut arus air pasang, ikan aneh atau ikan jelmaan di kolam itu juga turut sama berenang menyusuri air pasang.
Apabila dilihat saja oleh sepupu Pak Man kelibat ikan aneh yang besarnya agak luar biasa berbanding dengan ikan-ikan yang lain, dia terus menerkamnya tetapi agak hampa kerana ikan aneh itu ghaib secara tiba-tiba.
"Orang ramai yang sering ke kolam itu terutamanya sewaktu hujan barat turun akan dapat melihat jelmaan ikan aneh itu", ujarnya mengingatkan pengalamannya pernah menyaksikan ikan aneh tersebut apabila cuba ditangkap oleh sepupunya yang kemudiannya ghaib secara tiba-tiba.
Tambahnya, individu yang pernah terlihat jelmaan ikan aneh itu tidak pernah mengalami sesuatu bencana dan kemudaratan pada dirinya seperti demam, histeria dan pengsan, cuma seolah-olah ikan itu bersifat ingin menjelmakan dirinya untuk menunjukkan makhluk seperti jin memang ada di situ sebagai penjaga kolam berkenaan.
Menurut Pak Man lagi, ukuran badan ikan aneh itu dapat dilihat dengan jelas berbanding ikan-ikan biasa yang lain. Tubuhnya yang agak besar melebihi paras air yang ada di kolam itu sehingga menyukarkannya untuk berenang. Menyaksikan peristiwa sedemikian bagi Pak Man memang tidak masuk akal kerana besarnya ikan tersebut melebihi paras air pasang itu sendiri.
"Jelmaan ikan ganjil itu biasa berlaku terutamanya selepas waktu Maghrib dan tatkala masuk waktu Isyak. Selalunya apabila hujan lebat, anak-anak muda akan berpusu-pusu untuk menangkap ikan. Waktu itulah mereka berpeluang melihat ikan ganjil tersebut", katanya.
Selain jelmaan ikan di celah-celah pohon sagu, beliau juga turut mengalami pengalaman bertembung dengan jelmaan dua ekor arnab dari sawah padi yang juga berhampiran jalan raya yang sering dilaluinya.
Ketika itu jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, beliau baru pulang dari mengerjakan tanah untuk mengusahakan tanaman sayur dan jagung juga berhampiran dengan sungai dan sawah padi tersebut. Walaupun ketika itu bulan mengambang penuh, beliau terpaksa bergegas pulang ke rumah kerana kepenatan dengan menunggang motosikalnya melalui jalan raya yang agak sempit itu.
Semasa sedang menunggang motosikalnya, dengan tidak semena-mena suluhan lampu motosikalnya tertumpu ke arah dua ekor arnab melompat-lompat keluar dari arah rumpunan pohon buluh di sebelah kanak jalan raya melintasi motosikalnya lalu menuju ke arah rumput dan semak di situ. Terkejut dengan bentuk tubuh arnab berkenaan yang besarnya menandingi arnab biasa menyebabkan Pak Man terpaksa memberhentikan motosikalnya serta merta betul-betul di atas jalan raya yang dilaluinya.
Beliau turun dari motosikalnya lalu mengejar dua ekor arnab itu yang melompat melalui celah-celah rumput yang tumbuh subur di situ menuju ke arah batas-batas sawah lalu ghaib serta merta di situ. Niat asalnya adalah untuk menangkap arnab ganjil yang muncul secara tiba-tiba itu tetapi agak hampa kerana telah hilang dari pandangannya.
Di samping itu menurut beberapa orang penduduk kampung itu yang telah menceritakan pengalaman mereka kepada Pak Man tentang jelmaan hantu monyet bertubuh besar sering muncul berhampiran jambatan panjang yang telah uzur di situ.
Katanya, beberapa orang penduduk kampung itu sering terlihat hantu monyet itu yang sering bertenggek di atas pagar berhampiran sawah tersebut seolah-olah sedang menunggu sesuatu atau sekadar menjelmakan dirinya untuk menikmati pemandangan hening di sawah tersebut. Walau bagaimanapun menurutnya, setakat ini beliau belum pernah terserempak dengan hantu monyet yang menjelmakan dirinya di kawasan itu walaupun beliau sering pulang lewat.
"Semua jelmaan itu adalah perbuatan jin semata-mata. Kadang-kadang diberi lihat jelmaan itu untuk menunjukkan kepada kita bahawa mereka memang menghuni di kawasan itu", ujarnya sambil diselang-seli dengan hilai ketawa.
Pak Man turut menjelaskan juga bahawa kemungkinan jelmaan jin dalam rupa haiwan yang sering muncul di situ sebagai petanda sesuatu kejadian buruk bakal berlaku. Ini kerana menurutnya, sebelum tahun 2000 memang wujud petanda apabila seseorang akan lemas di kawasan sungai yang terletak berhampiran dengan sawah padi itu. Dalam masa dua atau tiga tahun ada orang lemas di sungai tersebut termasuk adik kandungnya sendiri yang lemas di sungai itu pada tahun 1971.
"Ketika itu berlaku banjir besar hampir surut. Jalan raya yang dibina di kawasan itu tenggelam apatah lagi keadaan banjir itu terlalu deras aliran airnya menolak adik ambo (saya), terus hanyut dan lemas", ujarnya mengingatkan peristiwa ngeri adiknya yang lemas dihanyutkan banjir.
Selepas peristiwa itu, dua orang kanak-kanak yang merupakan kawan baik dalam Tahun 5 turut terkorban di sungai itu juga. Salah seorang kanak-kanak yang lemas di sungai berkenaan adalah anak Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang pada masa itu menyewa sebuah rumah di Kampung Pulong. Manakala seorang penduduk dari luar daerah dan seorang lagi penduduk asal kampung berkenaan turut terkorban pada bulan Ramadan apabila dilihat oleh orang ramai sering ke sungai itu tanpa mengira waktu.
Menurutnya, seorang kanak-kanak dari negara jiran (Thailand) yang menyewa di sebuah rumah berhampiran tanah perkuburan arwah Tok Kenali bersama keluarganya turut terkorban di sungai tersebut. Kanak-kanak itu dikatakan berlari dari arah rumahnya dan telah tiga kali berulang alik ke sungai itu kerana terpengaruh dengan ikan yang diperolehinya dengan banyak. Hari itu, dia pergi seorang diri ke sungai tersebut secara tergesa-gesa seolah-olah terpikat dengan tempat berkenaan. Mayatnya hanya ditemui dua hari dari tarikh kejadian.
"Dari pemerhatian Pak Man, kalau seseorang itu tidak biasa dengan keadaan di tempat itu tetapi dilihat sering berulang alik, mereka seperti terpengaruh atau ditarik oleh suatu kuasa tertentu untuk ke situ, maka akan berlaku kejadian yang luar biasa. Contoh jelas dua kanak-kanak itulah", ujarnya daripada pengamatan nalurinya sebagai penduduk asal kampung itu tentang beberapa petanda kematian setelah munculnya jelmaan lembaga haiwan tersebut.
Namun begitu menurut Pak Man, sejak tahun 2000 sehingga hari ini apatah lagi suasana di sawah itu telah berubah wajah di mana jambatan panjang dan sungai telah diganti dengan saliran baru, keadaan air semakin surut manakala air dalam kolam itu juga telah kering. Pohon sagu dan rumpunan buluh yang sering digenangi air di kawasan terpencil tidak lagi seperti dulu, manakala gangguan makhluk halus dalam rupa haiwan tidak algi dialami oleh penduduk sekitarnya. Mungkinkah makhluk berkenaan telah berpindah ke daerah lain kerana kawasannya telah diteroka secara menyeluruh. Namun, paling pentingnya pengalaman misteri Pak Man hanya dia dan penduduk sekitar Kampung Pulong yang sedia maklum tentang kejadian yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.

Mohd. Jamal Ismail atau Pak Man.
Jelmaan ikan aneh dari dalam kolam di celah-celah pohon sagu ini.
Jelmaan dua ekor arnab besar tiba-tiba muncul dari arah rumpunan pohon buluh di sini.
Laluan yang sering digunakannya. Di sinilah dua ekor arnab besar tiba-tiba melintasi motosikalnya.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan