MISTERI RUMAH BERHANTU
KOTA BHARU, KELANTAN: PERCAYA atau tidak jika dikatakan di zaman moden ini masih lagi wujud rumah berhantu. Namun, walaupun didakwa rumah berhantu kerana beberapa lembaga sering menjelma dalam pelbagai rupa yang menakutkan, masih ada penghuni yang sanggup mendiaminya kerana itulah satu-satunya rumah yang paling cantik yang terletak di kawasan strategik dan berdekatan pula dengan gedung perniagaan yang juga pemilik rumah berkenaan.
Sebagaimana dakwaan pemiliknya yang juga Pengusaha Bengkel Kenderaan, Mohd. Rais Mohd. Nawi, 24, dari Taman Mawar, Kubang Kerian dekat sini berkata, rumah yang didiami oleh beliau bersama mamanya dibina sejak tahun 1987 lagi dan sekarang telah berusia lebih 22 tahun.
"Dulu, kawasan ini adalah sebuah paya dikenali Kampung Paya Budak. Pada masa itu di sini banyak ditumbuhi pohon-pohon kelapa selain kebun pisang.
"Setiap kali musim tengkujuh tiba, kawasan ini sering berlaku banjir. Paya yang wujud sejak asal di sini memang ditakuti penduduk-penduduk sekitarnya pada masa itu kerana setiap kali banjir melanda, kanak-kanaklah yang menjadi mangsa korban", ujar Mohd. Rais.
Menurut Mohd. Rais lagi, bukan sahaja kawasan berkenaan mudah terdedah dan sering ditenggelami banjir, namun peristiwa yang sering ditakuti oleh penduduk di tempat terbabit pada masa itu berikutan banyaknya kejadian misteri. Ramai warga emas di tempat berkenaan turut mendakwa kawasan Kampung Paya Budak yang dikenali Taman Mawar, apatah lagi salah seorang penangkap makhluk halus bernama Cikgu Naza yang mendakwa sebuah kandang kambing berhampiran dengan kediamannya dan kawasan sekitarnya adalah tempat asal taman permainan makhluk halus dari pelbagai golongan. Keadaan ini menurutnya lagi, walaupun hari ini kawasan terbabit telahpun berubah sesuai dengan peredaran masa dan zaman, namun kejadian misteri masih lagi wujud. Malahan rumah kediamannya yang pada pandangan beliau masih berkeadaan kukuh dan cantik adalah contoh paling dekat tentang wujudnya kejadian-kejadian misteri yang dimaksudkan.
"Selama saya tinggal di rumah ini, dua kes kejadian misteri yang saya lalui di mana salah satunya ketika sedang tidur di bilik atas dan kejadian kedua ketika saya sedang mencuci kenderaan. Kedua-duanya berlaku di antara jam 3.00 dan 4.00 pagi", terangnya.
Menceritakan pengalaman di bilik atas rumah pusakanya itu kadangkala turut menyeramkan juga kerana sering dialami ketika beliau sedang nyenyak dan tersedar dari tidur. Ketika kejadian, jam menunjukkan pukul 4.00 pagi, apabila beliau tersedar dari tidur di mana suasana dalam biliknya itu dalam keadaan gelap pekat, beliau terlihat seperti bayang putih sedang memerhatikan ke arahnya. Pembentukan bayang putih yang menyerupai makhluk aneh itu seolah-olah sedang duduk dan betul-betul sedang memerhatikan ke arah mukanya.
Katanya, bayang-bayang makhluk misteri itu dilihatnya sedang berdiri dalam keadaan rukuk betul-betul berdekatan dengan kedua-dua kakinya yang sedang berlunjur. Ketinggian makhluk misteri dalam bilik tidurnya itu dianggarkan kira-kira dua meter di mana kelihatannya seperti memakai jubah putih dan dari pengamatannya makhluk tersebut adalah lelaki.
Selain itu, pengalaman yang tidak dapat dilupakannya sehingga hari ini adalah sewaktu sedang membersihkan kereta di halaman rumahnya itu seorang diri. Ketika itu pukul 3.00 pagi dan hanya beliau seorang diri sahaja berada di rumah tersebut. Walaupun keadaan suasananya agak meremang seluruh tubuhnya, namun beliau terpaksa lakukan juga untuk tujuan menghilangkan rasa kesunyian.
Semasa sedang asyik mencuci kenderaannya itu, telinganya dapat mendengar dengan jelas bunyi desiran seperti kepak lalat sedang bernyanyi sambil terbang ke arahnya. Oleh kerana amat bising seolah-olah mengganggu kerja-kerja yang sedang dilakukannya, beliau cuba menepis berkali-kali di telinga kirinya, namun bunyi seperti lalat itu masih didengarinya seolah-olah tidak mempedulikan tepisan dan kemarahan yang dilontarkannya ketika itu.
"Selepas beberapa saat saya berjaya menepis bunyi yang terngiang-ngiang di telinga, bunyi tersebut tiba-tiba hilang. Apabila bunyi seperti seekor lalat itu tidak lagi kedengaran, dengan tiba-tiba saya mendengar bunyi salahan seekor anjing, bunyinya sayup-sayup kedengaran.
"Kalau nak dikatakan salakan anjing biasa, bunyinya agak pendek saja. Tetapi bunyi anjing menyalak selepas bunyi lalat itu hilang, kedengarannya agak sayu dan sayup-sayup seperti berada agak jauh di atas bukit atau gunung", ujarnya.
Tambah Mohd. Rais lagi, berdasarkan hakikat sedemikian beliau percaya rumah pusaka yang didudukinya sekarang memang berhantu dan mengusik. Sesuatu paling jelas beberapa bulan lalu Cikgu Naza berjaya menangkap enam makhluk halus lalu dimasukkan ke dalam sebiji botol. Salah satu makhluk yang dapat ditangkap itu rupanya seperti perempuan juga telah dimasukkan ke dalam sebiji botol malahan beliau yakin, makhluk tersebut adalah langsuir yang sering mengganggunya dan keluarganya selama ini.
Menurut Mohd. Rais seterusnya, terdapat dua makhluk halus seperti kembar juga berjaya ditangkap lalu dimasukkan ke dalam sebiji botol. Selain makhluk langsuir yang berjaya ditangkap oleh Cikgu Naza, terdapat makhluk pocong yang bentuknya seperti mayat di mana di bahagian atas dan kakinya kelihatan seperti diikat dengan tali. Pocong ini ditangkap ketika sedang berada di salah satu sudut dalam bilik tidurnya.
Kaedah yang digunakan oleh Cikgu Naza untuk menangkap keenam-enam makhluk halus yang mengganggu dan menghuni dalam rumahnya itu dengan cara kesemua lampu di dalam bilik tersebut dipadamkan dan kelihatan bilik ketika itu dalam kegelapan. Dalam beberapa detik sahaja, makhluk halus yang dimaksudkan itu tiba-tiba menjelma dalam pelbagai rupa yang agak hodoh dan menyeramkan.
Justeru, beliau percaya makhluk halus lain tidak lagi cuba datang mengganggu berikutan penangkapan keenam-enam makhluk yang dianggap perosak suasana aman di dalam rumah pusakanya itu. Walaupun agak reda namun jauh di sudut hatinya masih menaruh rasa bimbang jika makhluk halus dari golongan lain pula yang ingin tumpang sekaki, beliau tidak akan pindah kerana itulah saja harta peninggalan arwah bapanya. Namun, semenjak keenam-enam makhluk halus itu dapat diberkas, keadaan kediamannya kini kembali ceria tidak seperti dulu. Jika berlaku lagi, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama iaitu menangkapnya.

Mohd. Rais Mohd. Nawi.
Mohd. Rais Mohd. Nawi ketika diwawancara Wartawan RELATIF di kediamannya.
Tubuhnya berasa seram ketika mencuci keretanya jam 3.00 pagi di sini.
Kadang-kadang jelmaan lembaga melintasi pintu masuk ini.
Di hujung katil inilah Mohd Rais terlihat jelmaan lembaga lelaki aneh berjubah putih sedang rukuk sambil memerhatikan ke arahnya.
Kadang-kadang lembaga terbabit menjelma dekat sink ini.
Salah satu lembaga yang berjaya ditangkap oleh Cikgu Naza, dimasukkan ke dalam botol.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan